Cara Memohon Pinjaman PTPTN Terkini 2024

Cara Memohon Pinjaman PTPTN Terkini 2024 | Lama betul cik en tinggalkan dunia belajar dan semua sedia maklum yang sekarang cik en menyambung pengajian secara Pengajian Jarak Jauh (PJJ) Bachelor of Science (Hons.) Biology di UiTM Shah Alam. Permohonan ini adalah untuk pelajar PJJ seperti cik en tapi boleh juga diguna pakai oleh pelajar sepenuh masa. Walaubagaimana pun, cik en tak terfikir nak minta pinjamaan kerana anggap diri sendiri cukup mampu untuk menanggung kos pengajian. Sampailah di hujung semester 1, cik en mula rasa kesempitan sedikit dan akhirnya membuat keputusan untuk memohon pinjaman bagi mnenaggung pengajian cik en ini

Cara Memohon Pinjaman PTPTN Terkini 2024

Sebelum kita nak apply pinjaman, pastikan kos kita ada dalam sistem MyPTPTN. Berbanding dulu, masa zaman diploma, cik en hanya isi manual dalam kertas sahaja. Sekarang dah canggih dengan hanya atas talian. Jika tiada kena hubungi pihak institut korang.

Tapi sebelum itu lagi, pastikan korang ada akaun SSPN. Kalau belum korang boleh buka secara atas talian juga. Ikut pakej mana korang mampu dan dah boleh masuk ke step memohon pinjaman. Ehhh. ada lagi, sila beli pin BSN secara atas talian juga. Jangan risau, apabila korang masuk dalam sistem, sistem akan bagi kita step by step untuk kita buat

Finally, sampailah ke bahagian memohon pinjaman. Apa yang diperlukan adalah surat tawaran dan isi borang secara atas talian. Makluman kepada pelajar PJJ, PTPTN hanya membayar yuran pengajian sahaja. Tetapi untuk pelajar sepenuh masa ada 3 kelompok dan pembayaran berbeza beza. 



Kalau dahulu, kita boleh dapat setiap semester tapi untuk kali ini, PTPTN akan tengok keputusan kita untuk teruskan pemberian pinjaman atau tidak.

Tidak semua IPT yang termasuk didalam pemberian pinjaman PTPTN ini, dibawah cik en sertakan senarai peringkat dan institusi


Jadi sesiapa yang rasa layak dan ingin memohon boleh terus ke MyPTPTN

Eintan Nurfuzie

Lifestyle Blogger, Veterinarian, Social Media Influencer, Love Travel & Ladies Rider | Any Advertorial, Collaborations and Review : Facebook > Eintan Nurfuzie | Page Facebook > Nurfuzie.com | Group Facebook > Tips dan Rawatan Kucing | Instagram > @eintan_nurfuzie | Twitter > @eintan_nurfuzie | Channel Telegram > Eintan Nurfuzie | Channel Youtube > Eintan Nurfuzie | Email > eintannurfuzie@gmail.com

Post a Comment

Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Previous Post Next Post