Bersiul Memanggil Angin ? | Amalan ini cik en belajar dengan mak cik en semenjak kecil lagi. Pada tengah hari terik dan tidak berangin, mak cik en akan bersiul untuk memanggil angin. Dan betul angin datang dan suasana sedikit sejuk. Jika kita ada sukan di padang, kenapa wisel menjadi pilihan untuk alat dalam mana mana acara tersebut. Lama juga cik en cari info ini tapi tak jumpa tapi lebih kepada hukum bersiul yang cik en ceritakan di Bersiul Boleh Panggil Angin. Jadi ianya perlu dikaitkan dengan sains yang mana ianya lebih mudah untuk kita semua faham kenapa kita bersiul dapat memanggil angin
Bersiul Memanggil Angin ?
Asalnya adalah kepercayaan kepada manusia yang berada di kawasan sawah padi. Dan juga untuk kelasi kapal. Ada juga untuk pertanian yang berada di luar negara. Kiranya amalam bersiul bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia. Dan ada yang menyatakan
Bersiul angin adalah muslihat dalam pelbagai amalan sihir tradisional, digunakan untuk memanggil angin atau hujan atau ribut - Tumblr Bersiul Memanggil Angin
Sampaikan sekarang ianya berkaitan dengan fizik tekanan. Jadi cik en masih belum jumpa lagi artikel tersebut. Korang pulak pernah dengar bersiul memanggil angin? Atau memang tahu dari segi teori sains untuk membuktikannya?