Kesan Pengambilan Aripiprazole 10mg Pada Cik En | Nampaknya blog ini cik en banyak update pasal PSY cik en sahaja kan? Walaupun tak ada masa, cik en masih sayang akan blog ini. So entry kali ini cik en nak sambung MDD Journey cik en. Tempoh hari, cik en telah diberi 1 lagi ubat oleh PSY dan tambahan dari ubat sedia ada iaitu Aripiprazole 10mg. Ini merupakan ubat kedua selama 3 atau 4 tahun journey ini. Jadi cik en nak kongsi sedikit kesan pengambilannya pada diri cik en.
Kesan Pengambilan Aripiprazole 10mg Pada Cik En
Ubat baru selalunya akan diberi 5mg untuk percubaan awal. Untuk penentu ia serasi dengan badan cik en atau tidak. Hari ini adalah hari ke 12 cik en ambil dan what happens pada cik en? Untuk pengetahuan korang, ubat ini dah diberi penerangan oleh PSY memberi kesan tak tenang di awal pengambilannya. 7 hari pertama, cik en jadi happy setiap hari. Dah macam Bipolar pula tapi cik en tak didiagnosis sebagai Bipolar sebabnya sepanjang rawatan, hari hari cik en pasif dan normal. Not high. Rasa happy hari hari memang ada, semangat dan yang penting tak malas dah.
Masuk hari ke 8, dah timbul perasaan yang PSY cakapkan. Memang jadi tak senang duduk. Nak duduk tak kena, nak berdiri tak kena, nak makan, tak kena, nak buat kerja tak kena. Ambil masa around 3 4 hari juga untuk stabil. Hari ini nampak okey dan happy meneruskan kehidupan. Tak la sebelum ini hari ini aku bangun, aku bernyawa aku teruskan hidup. Sekarang bangun tidur, dah plan siap siap apa aktiviti hari tersebut
Adakah ia positif bagi cik en? Tunggu 2 hari lagi untuk cik en jumpa PSY balik. Nanti cik en update okey?
semoga cepat sembuh cik ein
ReplyDelete