Perkembangan Terkini MDD Cik EN

Perkembangan Terkini MDD Cik EN | Lama juga kan cik en tak kongsi perkembangan terkini MDD atau dulu cik en panggil OCD.M Sebenarnya cik en lebih kepada MDD atau nama panjang dia Major Depression Disorder. Selepas cik en selesai pembedahan fibroid yang cik en story di Sebenarnya cik en sakit... terus cik en tak update perkembangan terkini. Entri kali ni personal not paid review tapi sesiapa yang follow MDD journey cik en, mungkin ada yang nak tahu perkembangan terkini. 

Perkembangan Terkini MDD Cik EN

Cik en masih ambil Luvox dan dah naik ke 200mg. Sebolehnya cik en akan mantain dengan ubat ini sehingga ianya memang dah resistant dengan cik en. Mungkin ada banyak benda yang terlepas untuk cik en kongsi dalam blog ini tapi cik en akan terangkan secara ringkas dan padat. 

Cik en buat keputusan atau lebih kurang semangat tahi ayam untuk sambung belajar. Cik en apply Pengajian Jarak Jauh (PJJ) dan memilih Degree of Science in Biology dan tidak berharap tinggi untuk dapat. Tiba tiba dapat weii. Dan cik en sambung di UiTM Shah Alam. Kelam kabut juga sebab dah diterima baru terfikir yang cik en dah lama betul tidak belajar. Otak macam blur tapi ini salah satu cara cik en berusaha untuk lebih sihat. Jika dulu, macam macam aktiviti cik en buat untuk bantu diri sendiri seperti aktif berpersatuan, ambil job content creater, jadi influencer, jadi tiktoker, instagrammer, travel dan juga main motosikal RS. Semua ada pro and contra. Sebab semuanya bantu dalam masa sekejap. Dalam keadaan kemuncak aktiviti cik en, dia mai hilang minat sama keadaan dulu. Jika boleh cik en flasback balik, dulu rasa sangat kosong dan ccik en rasa hidup sekadar hidup. Jika esok aku bernafas dan bangun, aku buat kerja. Ada kegembiraan yang orang nampak seperti dapat job mahal, dapat travel, beli iphone, beli ipad tapi hakikatnya cik en tak ada perasaan happy tu. Tak tahu nak describe tapi ia nampak kosong sampai cik en mula depress dengan isu isu di media sosial. Mood tak swing tapi rasa kosong. Bukan down atau bukan up. K.O.S.O.N.G . Barang hilang, tak rasa sedih atau marah tapi kosong. 

Itu sebelum sambung belajar. Tapi sekarang korang rasa cik en makin okey ke bila buat PJJ dan alahamdulillah nak habis pun semester pertama. Jawapannya masih tak ada. Nampak macam gembira dan enjoy but kosong. Dan cik en nak kongsi juga, cik en ada masalah di satu tempat dan timbulkan sedikit anxiety dan depress pada cik en. Last cik en lost control dan cik en hanya nak stop thinking not suicide okey. cik en nak rasa pain. And calar balar juga la tangan. Just nak rasa pain dan boleh alih fikiran dari berfikir. Dan apa jadi, cik en serah diri pada PSY dan ditahan ward beberapa hari. Disebabkan itu, cik en dikenal pasti ada masalah pre diabetis. Masa itu anxiety datang menyerang sampai BP tak turun turun. hahahah. Masih permantauan dari hospital juga sekarang ini. 

Kadang kadang macam dah give up nak sembuh. Cik en ada kawan baru dan semua baik baik. Cuma masalah cik en sendiri masih takut nak berkawan risau takut tersakit hati mereka macam yang pernah berlaku dulu. Sebab sakit MDD, sorang demi sorang pergi dan sakit itu sampai sekarang cik en rasa. Jadi perlukan cik en untuk sentiasa ada gap antara mereka. Kiranya macam kena sedar diri sendiri bukan normal macam orang lain. hahahha. 

Okey, 1st entry personal tahun 2024. Bye!

Eintan Nurfuzie

Lifestyle Blogger, Veterinarian, Social Media Influencer, Love Travel & Ladies Rider | Any Advertorial, Collaborations and Review : Facebook > Eintan Nurfuzie | Page Facebook > Nurfuzie.com | Group Facebook > Tips dan Rawatan Kucing | Instagram > @eintan_nurfuzie | Twitter > @eintan_nurfuzie | Channel Telegram > Eintan Nurfuzie | Channel Youtube > Eintan Nurfuzie | Email > eintannurfuzie@gmail.com

1 Comments

Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Previous Post Next Post