Pencuci Muka Aloe Vera Sesuai Untuk Kulit Tiba Tiba Sentitif | Dari zaman remaja lagi, cik en mempunyai kulit jenis kombinasi yang sangat senang dijaga. Pakai pencuci yang ada di kedai runcit kampung pun tidak menjadi masalah kepada kulit muka. Tapi seiring dengan usia, persekitaran dan cuaca, kulit cik mudah sensitif dan alergik. Antara yang senang terjadi sekarang ialah cik en alergik dengan bulu kucing, sarung tangan yang mempunyai serbuk dan bekerja di bawah pokok kelapa sawit semasa merawat ternakan di lapangan. Muka mula tumbuh jerawat, gatal, kemerahan dan sampai tahap membengkak. Pada tahap ini, cik en memang tidak memakai pencuci muka biasa dipakai tetapi akan memilih pencuci muka aloe vera.
Pencuci Muka Aloe Vera Sesuai Untuk Kulit Tiba Tiba Sentitif
Pencuci Muka Aloe Vera ini banyak kelebihan lagi untuk kulit sensitif atau alergik. Ianya dapat membantu menyejukkan kulit muka yang berlaku rengsa dan ketidakselesaian. Tapi banyak juga kan pencuci muka jenis sebegini di pasaran dan pilihan cik en tetap dengan satu jenama yang cik en percayai dari dulu iaitu Hansaegee Nature. Sunscreen Hansaegee Nature adalah sunscreen aloe vera yang terbaik pernah cik en guna dan semestinya Hansaegee Nature juga mengeluarkan pencuci muka aloe vera sendiri Aloe AC Clean Bubble Cleanser .
Aloe AC Clean Bubble Cleanser - Pencuci Terbaik Dari Hansaegee Nature
Aloe AC Clean Bubble Cleanser adalah pencuci muka yang menggunakan 2 bahan utama yang sesuai untuk kulit sentitif, berjerawat dan berminyak iaitu Aloe Vera dan Tea Tree Oil. Selain daripada itu ada 10 lagi bahan ekstrak tumbuhan semulajadi lain seperti
Apa cik en suka Aloe AC Clean Bubble Cleanser ianya jenis water soft bubble tekture dan selalunya produk lain yang menggunakan bubble type ini ada di pasaran akan mengeringkan kulit tetapi sangat berbeza dengan Aloe AC Clean Bubble Cleanser ini. Ianya hadir dalam jenis pump. Dalam botol dalam bentuk cecair tetapi bila di pam keluar akan menjadi watery bubble dan tekstur yang sangat lembut. Korang boleh rujuk gambar dibawah
Pencuci Muka Untuk Kulit Sentitif
Jika anda mempunyai ciri-ciri kulit muka seperti iritasi, kasar, kering, rasa tegang kulit, kemerahan dan kemungkinan besar kulit anda itu tengah dalam keadaan sentitif. Jika setiap masa pula korang rasa semua itu, sememangnya kulit korang dalam kategori kulit sensitif. Dan jika kita tengok 2 bahan utama yang ada dalam Pencuci Muka Aloe AC Clean Bubble iaitu Aloe Vera dan Tea Tree Oil menandakan pencuci muka ini sangat sesuai untuk sesiapa yang mempunyai kulit sensitif.
Aloe Vera semua orang tahu ianya sangat bagus untuk kulit dan ada rekod yang ditunjukkan The United States Pharmacopeia menyatakan aloe vera pernah digunakan sebagai sapuan pelindung kulit sejak 1810 – 1820 lagi. Berfungsi sebagai moisture skin, clean skin, kurangkan sunburn, merawat jerawat, anti radangan dan juga boleh mengurangkan spot mark .
Tea Tree Leaf Oil pula digunakan untuk anti fungus yang mana menyebabkan jerawat tumbuh lebih banyak. Selain itu ianya merawat jerawat sedia ada, melawan jangkitan, kulit licin dan juga kulit bersih.
Kesan Cik EN Alami Sendiri Selepas Penggunaan
Pekerjaan cik en sebagai pengawai di lapangan dan di dalam klinik banyak terdedah dengan keadaan yang tidak dijangka. Jika di klinik, banyak benda yang boleh menyebabkan kulit cepat kotor seperti bulu haiwan, rawatan haiwan yang kotor, sarung tangan yang ada bedak dan sebagainya. Jika di lapangan atau di ladang, terdedah dengan cahaya matahari, debu tanah, serangga yang ada disekitar ladang, tumbuhan yang tumbuh rata rata. Tindakan spontan cik en akan gunakan tangan untuk membersihkan muka jika ada rasa gatal manakala tangan pun tidak bersih. Ini perkara biasa bagi cik en dan mulalah kulit menjadi sentitif
Semasa mengalami masalah kulit berminyak, jerawat dan sentitif, cik en dapat rasa kulit cik en kotor dan rengsa atau radang walaupun selepas mencuci muka. Ini mungkin kerana liang pori tersumbat dan menyebabkan kotoran dan minyak lebih tidak dapat keluar. Jadi cik en perlukan pencuci muka yang boleh membersih jauh ke dalam pori untuk membuang apa yang tersumbat sepanjang laluan keluar pori tersebut.
Selepas Aloe AC Clean Bubble Cleanser ini, walaupun bubblenya lembut tetapi ia telah membersihkan jauh ke dalam pori dan rasa kulit sangat bersih kerana kotoran, minyak lebih dan kulit mati dibersihkan sepenuhnya. Walaupun begitu, ianya tidak mengeringkan kulit muka cik malah memberi kelembapan yang menyegarkan.
Liang pori pun nampak lebih kecil dan radangan memang sangat berkurangan berbanding sebelum ini. Kulit mula kurang berminyak dari hari ke hari dan jerawat mula berkurang dan perlahan lahan hilang. Sentitif kulit seperti kemerahan dan radangan pun dah tiada walaupun cik en masih bekerja yang sama dan mengalami masalah yang sama setiap hari. Tapi wajib gunakan 2 kali sehari pagi dan balik kerja.
Apa yang lagi cik en suka, cik en selasa dengan tekstur pencucinya yang lembut, natural dan yang penting baunya yang calm kan cik en. Ada sesetangah produk, bau wangian yang terlalu kuat sebabnya cik en akan alah dengan produk ada ingredient untuk perfume. Berbanding Aloe AC Clean Bubble Cleanser ini, baunya sangat light dan segar. Botol Aloe AC Clean Bubble Cleanser ini bersaiz 150ml dan dapat bertahan 2 ke 3 bulan jika cik en guna. Pump sedikit sahaja tapi busa buih akan jadi banyak. Sangat menjimatkan.
Korang nak tau lebih bagi maklumat lain mengenai Aloe AC Clean Bubble Cleanser ini yang korang boleh ke Aloe AC Clean Bubble Cleanser
Wah segar!
ReplyDelete