Bachelor of Science (Hons.) Biology

Bachelor of Science (Hons.) Biology | Entahlah datang dari mana terfikir untuk sambung belajar dan memilih jurusan yang jauh dari bidang semasa diploma. Asalnya cik en nak ambil diploma yang pernah cik en ambil dulu tapi sebab kewangan cik en decide untuk berhenti dan memilih tempat belajar yang lebih murah. Disebabkan ada diploma, ada yang suruh cik en apply sahaja degree. Rasa macam tak boleh bawa tapi cuba la. Dan akhirnya cik en berjaya diterima secara Pengajian Jarak Jauh



Bachelor of Science (Hons.) Biology

Masih tak percaya cik en dah nak habiskan 1 sem dalam Bachelor of Science (Hons.) Biology di UiTM Shah Alam ini. Walaupun carrymark agak goyang tapi cik en bangga sebab cik en sambung belajar dalam bidang cik en nak walaupun dah terlepas diploma. Program ini ada 7 semester dan untuk semester pertama, cik en perlu hadiri 7 seminar pada setiap sabtu dan ahad 2 minggu sekali.

Strunggle juga la kan tiada basic dalam diploma course ini. Tapi kita kena cuba. English pun tak la sepandai mana tapi cik en berhasrat untuk belajar English lebih selepas ini. Untuk semester pertama, cik en ambil 5 subjek iaitu Falsafah dan Isu Semasa, English For Oral Presentation, Microbiology. Bioderversity dan add on subjek semester 3 untuk cukupkan jam kredit semester adalah Ecology. Dalam semua subjek ini hanya 1 sahaja final bersama dengan student full time iaitu microbiology. 

Total jam kredit yang perlu diambil adalah 125 jam credit dengan 42 subjek waijb dan tak wajib diambil. Mungkin ada pernambahan subjek nanti sem 2 jika jam kredit ada yang lebih. Niat untuk habiskan seawal mungkin dan cuba untuk sambung. Jumpa kawan kawan baru dan belajar benda baru ini dapat bantu cik en kurangkan MDD cuma sesekali dah balik ke rumah, rasa kesunyian dan mula la depression balik.

Cik en nak kongsi juga manis pahit sem 1 ini, maybe next entry jika cik en berkesempatan okey?

Eintan Nurfuzie

Lifestyle Blogger, Veterinarian, Social Media Influencer, Love Travel & Ladies Rider | Any Advertorial, Collaborations and Review : Facebook > Eintan Nurfuzie | Page Facebook > Nurfuzie.com | Group Facebook > Tips dan Rawatan Kucing | Instagram > @eintan_nurfuzie | Twitter > @eintan_nurfuzie | Channel Telegram > Eintan Nurfuzie | Channel Youtube > Eintan Nurfuzie | Email > eintannurfuzie@gmail.com

Post a Comment

Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Previous Post Next Post