Air Terjun Lata Penyer (Lata Pengel) Sungai Siput Perak

Air Terjun Lata Penyer (Lata Pengel) Sungai Siput Perak | Lamanya cik en berhasrat untuk menaip entry ini tapi kekangan masa buat cik en tertangguh tapi masih di tahun yang sama rasanya ianya tak ada masalah kan untuk cik en kongsi hidden gem yang ada di Perak ini. Bermula dengan ajakan daripada adik cik en Along Jannah yang teringin nak mandi sungai jadi dia pilih Air Terjun Lata Penyer (Lata Pengel) Sungai Siput Perak untuk bonding time kami semua. 



Air Terjun Lata Penyer (Lata Pengel) Sungai Siput Perak

Kampung cik en di Kuala Kangsar dan perjalanan kami ke Lata Penyer (Lata Pengel) Sungai Siput Perak ini ambil masa 1 jam ke 1 jam 30 minit bezanya hanya laluan yang korang pilih sebab ada 2 atau 3 jalan berbeza tapi menuju tempat yang sama. Perjalanan ini seperti menuju ke Kuala Mu cuma sampai di persimpangan Kuala Mu, kita kena teruskan dan naik bukit sedikit. Sampai sahaja akan ada papan tanda dan ada satu pondok sebelum memasuki kawasan tersebut. Ada pembayaran RM 5 untuk motosikal dan RM 10 untuk kereta. Ianya lebih kepada upah menjaga kenderaan kita dan sedikit pendapatan untuk perkampungan orang asli di kawasan ini. Tak ramai yang tinggal sini sebabnya yang muda muda dah keluar ke kawasan yang ada kemudahan lengkap. Jadi di kawasan ini ada beberapa rumah sahaja yang tinggal. 

Untuk sampai ke Air Terjun Lata Penyer (Lata Pengel) ini korang kena hiking sikit dan tak sesuai bawa beg bertroli atau apa apa yang berkaitan. Masuk sedikit celah celah rumah orang asli dan start hiking. Sebelum masuk laluan hiking, korang kena memanjat sedikit dan ada pokok koko yang banyak di kiri dan kanan. Sesiapa yang tak pernah tengok pokok koko, masa ini korang boleh belek belek la ye. Hahhaha. 



Hiking jenis moderate dan tak sampai 1 km pun perjalanannya. Ramai juga bawa kanak kanak dan semestinya stamina mereka sangat lah kuat berbanding kami yang dewasa ini. Hahahha. Sampai sahaja kawasan Air Terjun Lata Penyer (Lata Pengel) ini, korang akan melalui kawasan yang telah dinaik taraf dengan beberapa pondok untuk sesiapa ingin menginap di kawasan Air Terjun Lata Penyer (Lata Pengel) ini. Ada tandas yang bersih, tong sampah besar dan kawasan camping. Tapi untuk ini korang kena bayar dan lagi bagus kalau korang tempah pondok harga RM 15. Untuk resevation korang boleh contact no 019-552 7936 / 017-967 4224 atau korang boleh pergi ke facebook Pos Yum Waterfall

So, korang tengok la antara permandangan di kawasan ini atau korang boleh tengok di video di channel cik en --> Air Terjun Lata Penyer (Lata Pengel) Sungai Siput Perak









Kalau korang nak rasai ketenangan di sini, korang kena masuk dalam bucket list korang. Stay 1 atau 2 malam lagi best. Okey, jumpa di next entry. Budbye

Eintan Nurfuzie

Lifestyle Blogger, Veterinarian, Social Media Influencer, Love Travel & Ladies Rider | Any Advertorial, Collaborations and Review : Facebook > Eintan Nurfuzie | Page Facebook > Nurfuzie.com | Group Facebook > Tips dan Rawatan Kucing | Instagram > @eintan_nurfuzie | Twitter > @eintan_nurfuzie | Channel Telegram > Eintan Nurfuzie | Channel Youtube > Eintan Nurfuzie | Email > eintannurfuzie@gmail.com

Post a Comment

Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Previous Post Next Post