Makanan Yang Mempunyai Magnesium | Magnesium sangat penting pada kita tapi dengan blood test kita tak boleh tahu kita cukup dengan magnesium atau tidak kerana ianya tersembunyi di dalam tulang badan kita. Tapi kita boleh tahu kita kekurangan magnesium apabila korang ada masalah susah untuk turun berat badan, masalah mental ( cth stress, depresion, ocd), kekejangan otot, kedutan pada badan, sentiasa rasa letih, kerap sembelit, tekanan darah tinggi, craving makanan proses atau daging dan ada juga mula craving terhadap air manis seperti boba atau minuman ready stock.
Makanan Yang Mempunyai Magnesium
Selain daripada supplement yang dijual di farmasi, cik en lebih suka kongsi real food yang boleh tambahkan magnesium didalam badan. Dan ianya sebenar lebih baik kerana raw food yang murah dan mudah dicari. Ada 24 jenis makanan yang korang amalkan atau wajib ada setiap kali korang makan seharian. Kalau yang tidak biasa, korang boleh start secara perlahan lahan untuk biasakan dalam menu makanan korang.
- Dark Chocolate
- Bayam
- Avocado
- Biji Labu
- Almond
- Sayur Berdaun
- Pisang
- Chesnut
- Bean
- Whole Grain
- Tauhu
- Seeds
- Brown Rice
- Kekacang
- Peanuts
- Edamame
- Yogurt
- Swiss Chard
- Nuts
- Ikan sebagai menu makanan
- Susu
- Quinoa
- Salmon
- Sunflower Seed
Seperti cik en, cik en memang ada masalah susah turunkan berat badan, kerap keletihan dan kerap sembelit. Jadi memang cik en amalkan makanan diatas cuma akan skip mana mana makanan yang tak berseuaian dengan kesihatan cik en seperti pisang sebab cik en ada gastrik, kekacangan kerana cik en ada masalah bloat atau GERD. Jadi kena sesuaikan dengan keadaan setiap individu.
Cik en pun adalah seorang pesakit OCD yang cik en banyak story di OCD Journey . Jadi cik en memang rajin mencari makanan yang bersesuain dengan masalah ini. Sebab akan ada beberapa makanan yang akan buat cik en trigger
Hope dapat membantu korang dan korang boleh baca lebih banyak di Tanda Badan Korang Kekurangan Magnesium