Cool Fever Sepatutnya Letak Di Bahagian Mana? | Cik en baru baik daripada demam dan selalunya cik en akan guna cool fever. Selama ini cik en letak cool fever di bahagian dahi sebabnya gambar di kotak cool fever letak di dahi kan? Semalam cik en try la google tempat sesuai letakkan cool fever ini. Rupanya cik en letak di tempat yang bukan sepatutnya. Hahahah. Kalau cik en tuam kepala dengan kain basah memang akan letak di bahagian kepala tapi bagi cool fever, ada tempat paling terbaik untuk kita letak
Cool Fever Sepatutnya Letak Di Bahagian Mana?
Ada 10 tempat yang boleh kita letak dan dalam 10 itu tak ada satu pun diletakkan di atas dahi. Sebab apa? Sebab dahi tiada arteri yang sesuai untuk absord atau tarik panas badan. Jadi kat mana kita patut letak? tempat terbaik adalah yang mempunyai Major Artery)
- Pergelangan tangan Kiri dan Kanan (Radial Artery)
- Leher Kiri dan Kanan (Common Carotid Artery)
- Ketiak Kiri dan Kanan (Axillary Artery)
- Paha Kiri dan Kanan (External Iliac Artery)
- Buku Lali Kiri dan Kanan (Dorsal Artery of foot)
Tk perkongsiannya
ReplyDelete