Makanan Kucing Ada Masalah Buah Pinggang

Makanan Kucing Ada Masalah Buah Pinggang | Sebelum ini cik en kongsikan Makanan Kucing Yang Sesuai Untuk Masalah Hati khusus untuk panduan korang yang mempunyai kucing masalah hati seperti kekuningan atau virus. Dan ada lagi satu masalah kesihatan yang berlaku pada kucing iaitu masalah buah pinggang. Macamana korang nak tahu kucing korang ada masalah buah pinggang? Selalunya melalui blood test daripada klinik veterinar. Doktor veterinar akan beritahu korang melalui keputusan yang keluar. Selain itu faktor usia (kucing tua), kucing yang ada tekanan darah tinggi, penyakit keturunan atau kanser.



Makanan Kucing Ada Masalah Buah Pinggang

Ini adalah panduan untuk memberi makanan kepada kucing yang ada masalah buah pinggang. Diharap dapat membantu korang semua mengurangkan bebanan kepada kucing korang

  • Jenis Makanan 

Lebih baik memilih makanan jenis basah (wet food) daripada kering (dry food). Jika korang suka buat jenis homemade, korang boleh tambahkan air rebusan ayam. Tapi pastikan rendah natrium dan garam. Korang boleh rujuk artikel dalam Makananan homemade untuk kucing masalah buah pinggang

  • Kurangkan Protein

Jika resepi untuk masalah hati, kita perlukan protein yang terbaik tapi untuk masalah buah pinggang ini kita perlu kurangkan protein. Bukan tiada protein terus ye, hanya kurangkan dan pilihlah protein yang berkualiti tinggi seperti ayam. Sebab itu cik en suggestkan air rebusan ayam sahaja. 

  • Kurangkan Phospurus dan Natrium

Phospurus seperti telur, susu dan sardin dalam tin. Natrium pula selalu ada dalam makanan diproses seperti sosej. Jadi kalau boleh kurangkan untuk memberi jenis jenis ini

  • Bertanya Kepada Vet

Jika korang masih blur korang boleh rujuk vet korang untuk kepastian. Dan selalunya vet akan suggest makanan sedia ada di pasaran tapi hanya boleh didapati di klinik vet swasta sahaja seperti Renal Cat Food

Apa pun cik en akan suggets korang rujuk doktor veterinar yang berhampiran untuk consult lebih baik. Sebabnya selain daripada makanan, ada ubat ubatan dan rutin yang perlu dibuat untuk membantu kucing korang. 

Sampai disini untuk ilmu hari ini. Nanti cik en akan share lagi okey. 

Eintan Nurfuzie

Lifestyle Blogger, Veterinarian, Social Media Influencer, Love Travel & Ladies Rider | Any Advertorial, Collaborations and Review : Facebook > Eintan Nurfuzie | Page Facebook > Nurfuzie.com | Group Facebook > Tips dan Rawatan Kucing | Instagram > @eintan_nurfuzie | Twitter > @eintan_nurfuzie | Channel Telegram > Eintan Nurfuzie | Channel Youtube > Eintan Nurfuzie | Email > eintannurfuzie@gmail.com

Post a Comment

Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Previous Post Next Post