Kalau Tidak Kerana Fibroid, Mungkin Masih Macam Dulu | Alhamdulillah, dah masuk setahun setengah cik en bebas dari fibroid. Mungkin ada yang terlepas pandang entri mengenai fibroid cik en jadi kalau nak baca lebih lanjut boleh ke Fibriod Journey dan Alhamdulillah ada juga membantu beberapa rakan rakan alam maya yang ada masalah Fibroid. Ada juga minta sambungan tapi disebabkan selepas pembedahan cik en tiada masalah lain jadi cik en stop untuk update mengenai fibroid. Cuma demi menyantuni rakan yang email cik en hanya boleh keluarkan artikel keadaan semasa cik en sekarang.
Kalau Tidak Kerana Fibroid, Mungkin Masih Macam Dulu
Setiap dugaan yang datanga da hikmahnya. Sebagai wanita, kita senang dapat penyakit berpunca daripada hormon. Nampak simple sahaja kan just H.O.R.M.O.N.E tapi ianya mengawal keseluruhan badan kita dan jika kita tak jaga memang akan ada masalah kesihatan yang serius. Sebelum cik en dapat fibroid sebelum ini, kehidupan cik en sangat tidak sihat. Pemakanan yang tidak seimbang, tak boleh kawal stress dan tidak aktif dan pelbagai habit negatif yang lain. Jadi cik en nak kongsi beberapa tips yang cik en jaga sekarang ini dan ianya sangat membantu sesiapa yang masih ada masalah wanita atau selepas.
Pemakanan
Tak dinafikan, kita ini hidup untuk makan jadi pelbagai makanan yang viral, tidak sihat, tidak seimbang dijual dan lebih mudah didapati berbanding makanan yang sihat. Cik en mula amalkan pemakanan yang seimbang dan mula masak sendiri dirumah. Kalau makan di luar cik en akan memilih tempat yang ada hidangan makanan sihat.
Cik en juga cut gula tapi memberi kesan stress. Jadi cik en kurangkan sahaja dan cik en elakkan minuman bergas, minuman viral, minuman yang ada fraktosa seperti jus buah buahan yang ada di pasaraya dan memilih minuman seperti milo kosong, coklat kosong atau mana mana minuman energy tanpa tambahan gula. Selain itu cik en elakkan coffee yang manis seperti Starbuck, Zuss atau mana mana coffee kecuali pure coffee yang tiada tambahan syrup, susu atau topping. Cik en juga lebihkan air putih dan akan pastikan ambil air mineral botol setiap 2 hari sekali. Beza okey air penapis, air masak dengan mineral. Air mineral banyak kandungan yang bagus untuk kesihatan kita.
Kesimpulannya, korang kena jaga makan, makan makanna yang seimbang atau amalkan suku suku separuh, makan sayur hijau, buah buahan segar, jangan pantang makan nasi sebab nasi ada khasiat tersendiri dan penting stop benda manis dan ganti dengan air putih.
Aktif dan Cahaya Matahari
Diakui cik en sangat sibuk di klinik dan jarang sangat dapat bersukan tapi cik en beli basikal dalam rumah dan cik en tukar hobi yang lebih aktif seperti berkebun. Cik en akan spend masa 1 jam setiap petang untuk tengok bunga dna sayur, cabut rumput, siram pokok bunga dan aktiviti berkebun yang lain. Diakui memang malas tapi bila cik en dah beli banyak pokok, cik en rasa bertanggungjawab untuk jaga mereka. So cik en akan paksa diri cik en untuk berkebun dan auto akan berpeluh.
Cahaya matahari sangat penting, jangan takut hitam sebab ada sunscreen boleh kita pakai. Setiap hari wajib dapatkan cahaya matahari. Cik en bekerja dalam penghawa dingin tapi cik en akan ambil masa berjemur atleast 10 minit bawah cahaya matahari. Bila sibuk dah tak kira cahaya matahari pagi, tengah hari atau petang janji dapat cahaya itu.
Pengawalan Stress
Jadi perempuan, memang mudah stress. Tudung tak elok awningnya pun boleh buat stress apatah lagi kes kes yang lain. Cik en jenis perfectionist dan ianya sangat bahaya jika tak dikawal. Jadi remind diri sendiri, kerja takkan habis, masalah tak surut dan stress takkan berkurang. Jadi kawal stress, ambil masa untuk cool jika tengah hot dan bersabar selalu.
Sangat susah untuk cik en buat pengawalan stress ini disebabkan cik en pun ada OCD Journey tapi cik en terpaksa larikan diri daripada rakan rakan yang normal dan yang tidak boleh accept keadaan cik en dan cik en habiskan masa dengan keluarga dan rakan yang lebih memahami. Cik en fokuskan kepada kerja dan all out dengan komitmen yang sedia ada. Waktu malam cik en akan tidur awal atau ambil masa main game. Cik en dah tak menimbulkan persoalan MENGAPA, KENAPA, SIAPA, BAGAIMANA dalam fikiran cik en sebabnya persoalan tersebut akan menambah stress yang ada.
Kesimpulannya, reset balik gaya kehiduapan kita sekarang. Jaga pemakanan, kekal aktif dan kawal stress. Jangan ikutkan sangat rentak kehidupan yang moden ini. Tak salah nampak ketinggalan zaman tapi pastikan kita sentiasa GEMBIRA dan SEMANGAT
p/s : Kalau Tidak Kerana Fibroid, Mungkin Masih Macam Dulu. Makan merapu. bermalas malasan dan fikirkan semua benda yang tak penting.
Semoga Cik En sentiasa sihat. Betul la tu memang kita dah kena jaga pemakanan. Jgn diikutkan sgt tengok org sana sini makan makanan viral tu... Nanti kita juga yg merana.
ReplyDelete