Makanan Kucing Yang Sesuai Untuk Masalah Hati | Kali ini cik en nak kongsikan tips makanan kucing yang mempunyai masalah hati. Bagaimana korang tahu kucing korang ada masalah hati? Perlulah diagnosis oleh vet atau ada ujian darah atau blood test. Tapi kalau daripada ujian fizikal, kucing yang ada masalah hati ini akan jadi kekuningan di keseluruhan badan. Sebelum ini cik en pernah kongsi Rawatan Sakit Kuning Pada Kucing tapi cik en tak masukkan sekali tips yang agak penting iaitu jenis makanan yang sesuai untuk masalah hati ini.
Makanan Kucing Yang Sesuai Untuk Masalah Hati
Walaupun banyak produk makanan kucing yang dijual khas untuk masalah hati ini tapi ada juga yang tak mampu untuk membeli dan cik en sangat memahami korang yang ada masalah kewangan. Disebabkan itu, cik en nak kongsi makanan asas yang boleh korang buat sendiri dan mampu menjadi salah satu cara mengatasi masalah hati pada kucing selain ubat ubatan.
Lebihkan dalam diet- Protein berkualiti tinggi untuk mengurangkan beban kerja pada hati. Sumber protein seperti daging, tenusu, telur dan ikan adalah protein yang berkualiti tinggi dan lengkap. Ianya untuk bekalkan tenaga yang cukup untuk kucing bertahan. Pemberian susu kambing adalah digalakkan. Susu kambing segar lebih bagus.
- Karbohidrat yang sangat mudah dihadam. Karbohidrat yang cepat dihadam seperti roti putih, pisang, pasta atau nasi putih
- Lemak berkualiti tinggi seperti Omega- 3 dan dos harian lemak Omega-3 yang dicadangkan ialah 175 mg/kg berat badan.
- Menambahkan antioksidan seperti vitamin E, vitamin C dan selenium (cth : kuning telur) untuk memerangi tekanan oksidatif. Tekanan oksidatif adalah satu keadaan di mana jumlah radikal bebas di dalam tubuh melebihi kemampuan tubuh untuk menuteralkannya. Akibatnya, peningkatan proses pengoksidaan sel-sel tubuh normal menjadi semakin tinggi dan menimbulkan kerosakan yang lebih banyak.
- Makanan bergaram dan mempunyai sodium (atau natrium dan ianya dapat membantu kucing yang ada masalah busung air)
- Makanan manis. Mungkin ada sesetangah owner biasa beri ais krim atau apa apa sumber manis jadi kurangkan.
- Royal Canin - Royal Canin Hepatic Dry Cat Food
- Pro Plan - Purina Pro Plan Veterinary Diets HA Hydrolyzed Dry Cat Food
- Hill’s - Hill’s Prescription Diet Liver Disease Dry Cat Food