Cricut Hobi Baru | Hobi baru? Habis tu blogging ini? Ha.. mesti ada kata macam tu kan? Anyway cik en dah lama tak rasakan blogging ini sebagai hobi sebabnya cik en lebih banyak keluarkan entry review dan berbayar sahaja. Sampaikan rasa semakin tak best. Itupun cik en baru sedar apabila Doctor PSY cik en tanya apa hobi cik en. Cik en kata berblogging dan habiskan masa dengan media sosial. Tapi dalam masa yang sama ada income. Terus doktor kata ini bukanlah hobi tapi lebih kepada side income. You must cari hobi yang buat you enjoy dan tenang. Apabila difikirkan semula, berblogging dan ambik paid job tak setenang mana selain daripada dapat payment. Sebab kita terpaksa ikut kehendak client. Duit banyak mana dapat tapi stress plus dengan stress kerja hakiki tak berbaloi pun. Akhirnya cik en reset kehidupan cik en dan explore hobi baru iaitu ber'cricut'
Cricut Hobi Baru
Apa pulak ber'cricut' tu? Anyway Cricut adalah satu brand machines untuk DIY creativity korang. Contohnya DIY baju sendiri, label, cawan dan yang lain lain. Cik en suka dengan semua itu dan cik en sebenarnya dah beli Cricut Maker 3 setahun yang lepas dan masa itu hanya fikir nak buat small bussiness. Setelah hampir setahun tak ada masa pun nak setup bussiness itu, cik en decide untuk enjoy ber'cricut'.
DIY pertama cik en adalah buat sticker nama sendiri dan label yang tak berapa nak jadi. Selepas itu cik en buat nama pada bekas makanan Aboi dan Agirl dan sampai sekarang masih helok dan cantik.
Cik bermula dengan menggunakan notebook untuk design tapi sekarang cik en dah gunakan ipad. Lebih mudah dah tak perlu nak gunakan kabel untuk print dan cut. So yang latest cik en ada buat beberapa design lagi dan ada untuk baju cuma yang itu cik en tak snap gambar sebabkan baju orang kan. Nanti cik en buat baju sendiri cik en akan sharing dengan korang.
Oh ya, cik en ada beli Mini Heat Press untuk Iron-On atas baju, beg, atau apa apa material perlu iron.
Tapi susah sikit kalau untuk buat atas baju. sebab kecik sangat. Dan cik en kena guna iron biasa cuma hasilnya tak cantik sangat. Dan last cik en grab Press Machine Cricut masa promo Shoppe 6.6 lepas. Yang itu cik en akan share later sebab masih belum unboxing lagi kotak tu. hahahah
cantik la..:)
ReplyDelete