Cricut Easy Press 2 Untuk DIY Heat Transfer Project

Cricut Easy Press 2 Untuk DIY Heat Transfer Project | Seperti dijanjikan dari entry sebelum ini, cik en nak kongsi unboxing barang cricut yang cik en grab semasa Shopee Sale 6.6 yang lepas. Dah masuk seminggu baru sempat cik en nak buat unboxing. Biasalah, nak buat pun perlu ada masa dan mood bersesuaian. Sebabkan ada sikit masa lagi sebelum cik en masuk tidur, cik en nak buat satu entry mengenai unboxing kali ini. Jom kita tengok..



Cricut Easy Press 2 Untuk DIY Heat Transfer Project

Anyway, cik en tak buat watermark untuk semua gambar dalam ini disebabkan cik en nak versi cepat tapi kira okey la kan, tak stress nak buat watermark setiap gambar macam sebelum ini. Cik en beli 2 item iaitu Cricut Easy Press 2 dan Cricut Cutting Mat Standard Grip. Cik en nak kongsi sikit apakah kegunaan Cricut Easy Press 2 ini.

Cricut Easy Press 2 seperti seterika yang kita guna untuk baju tapi untuk Cricut Easy Press 2 khas untuk sesiapa nak buat DIY sticker diatas baju, bag tote, canvas, apron, sarung bantal, ceramic dan banyak lagi. Bukan untuk industri besar tapi untuk DIY kecil kecilan. Dari beli baju yang ada nama atau brand orang lain, bukan ke best kalau kita boleh letak nama atau gambar kita sendiri atas baju. Cool kan? 

Ayway Cricut Easy Press ini ada pelbagai siri. Tapi yang cik en mampu untuk beli Cricut Easy Press 2 je sebabnya ada harga promosi semasa Shoppe Sales 6.6 pada harga RM809.00 berbanding harga asal RM 1100+-. Korang boleh tengok di Cricut Easy Press 2. Cik en beli dengan size 9x9. Jom kita tengok gambar ini






Packing dia terbaik. Kotak dalam kotak. So double protection dan ada bubble wrap. Jom close up pulak 




Bergaya tak? Warna dia kalau boleh nak matching dengan Cricut Maker 3 cik en, tapi tak cukup modal nak ambil yang itu. Insyallah, selepas ini akan grab yang itu pula.

Cricut Cutting Mat Standard Grip

Next yang cik en beli adalah Cricut Cutting Mat Standard Grip. Mat ini adalah untuk kita letak sticker untuk cutting di cricut maker. Ada 4 jenis grip, Light, Standard, Strong dan Fabric. Perbezaan adalah gam yang ada, ada yang light sesuai untuk combine sticker yang dah dipotong, yang strong untuk sticker jenis kulit dan fabric untuk kain. 


Abaikan aboi yang nak bermanja disebelah itu. Hahahha. So far cik en memang dah ada mat ini tapi kurang best pula sebab dah nak jadi Cricutholic. ahahhah.. anyway cik en akan kongsi hasil DIY dengan Cricut Easy Press 2 ini untuk next entry. Macam biasa, kalau tak ada masa yang betul betul terluang, cik en memang tak kan sentuh semua cricut ini. Sebabnya nak buat perlu mood dan keadaan yang tenang. Kan ini hobi jadi tak perlu rushing. Okey, jumpa next entry..

Eintan Nurfuzie

Lifestyle Blogger, Veterinarian, Social Media Influencer, Love Travel & Ladies Rider | Any Advertorial, Collaborations and Review : Facebook > Eintan Nurfuzie | Page Facebook > Nurfuzie.com | Group Facebook > Tips dan Rawatan Kucing | Instagram > @eintan_nurfuzie | Twitter > @eintan_nurfuzie | Channel Telegram > Eintan Nurfuzie | Channel Youtube > Eintan Nurfuzie | Email > eintannurfuzie@gmail.com

1 Comments

Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Previous Post Next Post