Pengalaman Membeli Barang Apple di Apple Store

Pengalaman Membeli Barang Apple di Apple Store | Lamanya tidak bersiaran di sini, kekangan masa untuk menaip panjang panjang walaupun terasa rindu nak aktif di sini. Tak boleh nak komitmen dimana mana media sosial pun sebenarnya. Platform lain pun senda sendu juga untuk cik en update. Mungkin nak menaip disini perlu open laptop, kena pakai keyboard supaya selalu menaip panjang panjang. Tapi tak apa lah, cik en akan mempertahankan blog ini walaupun ramai rakan blogger yang lain dah bersara. Sebab ramai yang gunakan blog ini sebagai rujukan mereka. Kita lupakan yang itu, cik en nak kongsikan pengalaman cik en membeli barangan Apple di Apple Store. Adakah berbaloi? Semudah kita beli di 4 cawangan rasmi mereka di Malaysia? Jom baca sampai habis okey?


Pengalaman Awal Dengan Produk Apple

Barangan Apple yang pertama cik en beli adalah Iphone X. Sebelum itu, cik en takut nak guna sebabnya pengguna Apple adalah dari golongan kaya raya. Hahahha. Tapi seiring dengan perkembangan teknologi, cik en nak cuba apa kelebihan produk Apple berbanding Android yang lain. Mula mula agak susah nak faham sebab dah terbiasa dengan android tapi lama lama semakin okey dan sampai sekarang masih setia dengan Apple walaupun ada juga guna android untuk Android Box dan Android Car. 

Apa cik en suka pada jenama Apple ini adalah security dia. Harga kayangan tapi dapat bantu cik en kawal security yang boleh merisaukan pengguna telefon bimbit. Processing so far best tapi kena beli storage icloud untuk lagi smooth. Jika dulu, cik en gunakan storage google untuk simpan gambar atau guna usb untuk transfer gambar tapi sekarang cik en hanya gunakan icloud untuk cik en simpan semua gambar dan cik en boleh guna dimana mana phone yang memakai icloud yang sama. Lebih cepat dan mudah. 

Iphone X cik en beli melalui kredit di Seng Heng, kemudian guna Iphone 12 Pro melalui kontrak Celcom dan last cik en beli Ipad melalui SPay Later Shoppe. Semua hutang yang dibayar bulanan tapi cik en pernah beli cash Iphone 12 untuk kekasih hati sempena birthday dia. Even sendiri punya berhutung tapi untuk si Dia cik en beli cash tau. Simpan duit dan pay secara tunai di iWorld. Cinta punya pasal kan? Hahahha. Ops, cik en terlupa cik en pernah beli AirTag secara cash di Shoppe juga.

Pengalaman Membeli Barang Apple di Apple Store

So dari yang baca, cik en beli kesemua produk Apple di cawangan, rangkaian atau wakil Apple di Malaysia. So far lebih selamat di mata sebab semuanya kita tengok dan pakai sebelum bayar tapi cik en cuba untuk advance sikit pembelian seterusnya dengan beli secara terus di Apple Store. Untuk Apple Store, korang kena guna Credit Card untuk bayar dan di Malaysia, Apple Store yang akan serve kita adalah di Singapura. 

Jika dulu, kita risau pos pos barangan berharga tapi selepas Covid19, kesangsian mengenai courier mula kurang dan semuanya pakai pos. Jadi cik en trusted dengan cara penghantaran Apple sendiri so cik en ada order 4 item iaitu 1 Apple Pencil, 1 AirTag dan 2 AirTag Leather Key Ring pada hujung bulan Mei 2023. Alhamdulillah ambil masa kurang 1 minggu untuk sampai. Around 2 Jun 2023 barang selamat sampai ditangan dengan penggunakan DHL. 




Dari Singapore ke KL menggunakan kapal terbang. Lebih specifik Lapangan Terbang Subang. Declare kastam around 1 hari juga dan fly terus ke Lapangan Terbang Penang dan hari yang sama juga DHL hantar sampai klinik cik en. Dan setelah sampai tak silap ada masa 1 minggu untuk kita return balik jika ada berlaku kerosakan, salah barang atau apa apa yang kita tak puas hati. 

Kesimpulannya, semua platform cik en beli semua okey cuma jika cik en beli terus di Apple Store, cik en boleh tambah nak letak nama sendiri di barangan cik en beli. Tapi cik en decide untuk kosongkan sebab kalau nak jual masih lagi laku berbanding yang ada nama kita. Cik en prefer untuk order Apple Store selepas ini memandangkan tak ada orang tengah. Even harganya sama sahaja tapi better kita beli terus pada pengeluar kan?

Eintan Nurfuzie

Lifestyle Blogger, Veterinarian, Social Media Influencer, Love Travel & Ladies Rider | Any Advertorial, Collaborations and Review : Facebook > Eintan Nurfuzie | Page Facebook > Nurfuzie.com | Group Facebook > Tips dan Rawatan Kucing | Instagram > @eintan_nurfuzie | Twitter > @eintan_nurfuzie | Channel Telegram > Eintan Nurfuzie | Channel Youtube > Eintan Nurfuzie | Email > eintannurfuzie@gmail.com

1 Comments

Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Previous Post Next Post