Bersantai Di Balkoni Apartment Sambil Mendengar THE HAVEN MUSICAL EXTRAVAGANZA

Bersantai Di Balkoni Apartment Sambil Mendengar THE HAVEN MUSICAL EXTRAVAGANZA | Sesiapa yang berminat dengan muzik akan tetap memainkan muzik di tempat penginapan semasa bercuti kan? Sebabnya muzik adalah secret recipe tambahan untuk lebih relaks apabila bercuti. Tapi korang tahu tak ada satu tempat bercuti yang mana korang boleh bercuti sambil mendengar muzikal yang releks dan santai tanpa perlu korang buka radio, phone atau televisyen? Malah korang boleh pilih duduk di mana sahaja di tempat penginapan tersebut termasuk balkoni apartment korang. Tak percaya? Percayalah sebabnya The Haven Resort Ipoh perak akan mengadakan THE HAVEN MUSICAL EXTRAVAGANZA khas untuk pelanggan mereka yang menginap disini. 



Bersantai Di Balkoni Apartment Sambil Mendengar THE HAVEN MUSICAL EXTRAVAGANZA 

Buat julung julung kali, The Haven Resort Ipoh mengadakan musical di tengah tengah kawasan The Haven dan korang boleh tengok even dari balkoni sahaja. Berada di tepi tasik yang menjadi signature The Haven dan terletak di Amphitheatre by the lake.


Cik en yang dengar dan baca artikel mereka mengenai THE HAVEN MUSICAL EXTRAVAGANZA ini boleh membayangkan betapa indahnya kawasan tersebut diiringi alunan muzik Selangor Symphony Orchestra. Excitednya bila dengar ada acara macamani. Tak perlu bersesak, tak perlu duduk diam sahaja atas  kerusi macam di dewan tapi korang boleh bersantai di mana mana kawasan. Pilihan cik en semestinya di balkoni yang tinggi sambil hirup kopi dan melayan perasaan. Mashallah, indahnya. Tapi... tarikh THE HAVEN MUSICAL EXTRAVAGANZA tak kena pula dengan tarikh free cik en. Tapi cik en nak kongsi juga semua THE HAVEN MUSICAL EXTRAVAGANZA ini dengan korang, manatau korang berminat kan?

THE HAVEN MUSICAL EXTRAVAGANZA 


Persembahan tersebut akan diadakan selama tiga malam; pada 27hb, 28hb dan 29hb Oktober 2022. Konsert tersebut akan dipersembahkan oleh konduktor Eugene Pook, mezzo-soprano Jiayao Sun, pemain biola antarabangsa Dr. Hyungi Kim dan penyanyi Asyraf Farhan Adi Zairi dari Malaysia. Karya dari The Sound of Music, Phantom of the Opera, dan Kitaro, serta karya Selangor Symphony Orchestra akan ditampilkan dalam program ini. Kesemua persembahan akan bermula tepat pada jam 8:00 malam





Diinspirasikan oleh Festival Muzik Tahunan Hutan Hujan Sarawak; The Haven Musical Extravaganza berpotensi untuk menjadi acara tahunan yang paling menarik dan dijadikan tarikan penting untuk negeri Perak (whatts? every year? next year cik en akan join)

Pakej muzikal ini bermula dari RM390++/seorang* 


Keseluruhan pakej yang tersedia termasuk penginapan di suite yang serba lengkap, dan sarapan yang mewah disajikan pada pagi berikutnya. Para tetamu juga boleh memilih untuk menambah makan malam bufet antarabangsa untuk melengkapkan pengalaman mereka dengan harga RM75.00 bersih.


The Haven Musical Extravaganza ini disokong oleh Kementerian Pelancongan, Kesenian & Kebudayaan (MOTAC), Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia dan Kerajaan Negeri Perak. The Haven Resort telah iktiraf kepentingan menyokong industri pelancongan Perak dan peningkatan ekonomi tempatan dengan usaha-usaha mereka untuk menarik pengunjung dari seluruh Asia. Majlis Bandaraya Ipoh di bawah pimpinan Dato' Rumaizi bin Baharin @ Md Daud juga telah mula mempromosikan Ipoh sebagai sebuah Bandar Batu Kapur, Muzik & Kesenian di Asia. Ianya dapat menaikkan semula industri perlancongan selepas lebih 2 tahun industri perlancongan agak down kan? 

Anyway, please reserved melalui laman web di THE HAVEN MUSICAL EXTRAVAGANZA , nombor telefon WhatsApp +6019-759-8285, atau hubungi Jabatan Acara, Cik Yee Lai Kuan dengan telefon bimbit WhatsApp +6012-570-5498

Sesiapa tak pernah menginap disini, korang boleh baca di 7 Sebab Kenapa Perlu Menginap di The Haven atau 

<iframe width="560" height="315" src="https://www.youtube.com/embed/nC7ImqkbIM4" title="YouTube video player" frameborder="0" allow="accelerometer; autoplay; clipboard-write; encrypted-media; gyroscope; picture-in-picture" allowfullscreen></iframe>

Eintan Nurfuzie

Lifestyle Blogger, Veterinarian, Social Media Influencer, Love Travel & Ladies Rider | Any Advertorial, Collaborations and Review : Facebook > Eintan Nurfuzie | Page Facebook > Nurfuzie.com | Group Facebook > Tips dan Rawatan Kucing | Instagram > @eintan_nurfuzie | Twitter > @eintan_nurfuzie | Channel Telegram > Eintan Nurfuzie | Channel Youtube > Eintan Nurfuzie | Email > eintannurfuzie@gmail.com

1 Comments

Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Previous Post Next Post