Sunscreen Mesra Wudhuk Sesuai Untuk Ladies Rider

Sunscreen Mesra Wudhuk Sesuai Untuk Ladies Rider | Cik en sangat sukakan travel tapi ada juga masa cik en kekurangan budget untuk travel jauh jauh. Untuk lepaskan gian, cik en akan ride dengan kumpulan motosikal. Seperti travel, cik en perlu memakai sunscreen yang dapat melindungi kulit cik en terutama sekali muka jadi perlu memilih SPF yang tinggi tetapi mesra wudhuk untuk memudahkan urusan ibadah kita sebagai umat Islam. Kebanyakan produk krim pelindung yang di pasaran kita jenis kalis air jadi tidak mesra wudhuk. Apabila masuk waktu solat, ambil masa pula untuk remove sunscreen atau sunblock dan lepas solat perlu apply kembali. Jadi agak susah kan lagi lagi masa yang ada sangat terhad dan padat dengan aktiviti. Sebab itu cik en nak berkongsi dengan korang skincare yang cik en guna dan rasanya sangat berbaloi untuk korang beli. 

  

Sunscreen Mesra Wudhuk Sesuai Untuk Ladies Rider

Sebelum cik en nak kongsi sunscreen yang cik en pakai, cik en nak kongsi pemilihan sunscreen yang baik untuk kita yang berada di Malaysia. Kriteria yang wajib korang tengok apabila memilih sunscreen terbaik 

Kriteria Pemilihan Sunscreen 

1. Broad Spectrum

Pilih sunscreen yang mempunyai perlindungan “broad spectrum” . Ini kerana “broad spectrum” ini mampu melindungi daripada sinaran UVA dan UVB. Semua produk pelindung matahari melindungi daripada sinaran UVB, yang merupakan punca utama selaran matahari dan kanser kulit. Tetapi sinaran UVA juga menyumbang kepada kanser kulit dan penuaan pramatang. Hanya produk yang lulus ujian tertentu boleh dilabelkan sebagai "broad spectrum". 

2. SPF

Pastikan Sunscreen  korang pilih mempunyai faktor perlindungan matahari atau SPF 30 atau lebih tinggi. Nombor SPF ialah tahap perlindungan pelindung matahari terhadap sinaran UVB. Nombor SPF yang lebih tinggi bermakna lebih banyak perlindungan, tetapi semakin tinggi, semakin kecil perbezaannya. Contohnya Sunscreen yang mempunyai SPF 15 menapis kira-kira 93% sinaran UVB, manakala Sunscreen SPF 30 menapis kira-kira 97%, Sunscreen SPF 50 kira-kira 98%.

3. Water Resistant

Pilih sunscreen yang claim Water resistant bukan kalis air. Kalau ada, korang kena baca lebih teliti berapa lama boleh bertahan. jadi kena apply setiap 2 jam jika korang snorkling. 

4. Jenis Kulit 

Pemilihan sunscreen sama juga dengan pemilihan skincare yang lain. Kulit ada beberapa jenis seperti berminyak, kering dan semi berminyak dan kering. Jadi pemilihan yang terbaik pilihlah yang sesuai untuk semua jenis kulit. Kalau banyak pilihan pula, pilihlah mengikut jenis kulit korang.

5. Jenis Suncreen

Suncreen ada banyak jenis seperti spray, losyen, stick atau gel. So korang kena tahulah apa yang selesa untuk korang dan sesuai dengan aktiviti korang nak guna. 

Sunscreen Mesra Wudhuk Pilihan Cik En

Cik en dah cuba beberapa jenis jenama sunscreen dan sunblock. Cik en sukakan sunscreen sebabnya lebih selesa dan sesuai dengan kulit cik en. Jenama yang cik en sangat percayai iaitu Hansaegee Nature. Sunscreen mereka adalah Aloe Vera Sunscreen by Hansaegee Nature. Dari banyak banyak kelebihan yang Aloe Vera Sunscreen ini ada cik en suka part yang mesra wudhuk. Sesuai sangat untuk cik en yang memang kaki travel dan ride macam cik en ceritakan awal awal tadi. Yang lain korang boleh baca di Sunscreen Terbaik 

Aloe Vera Sunscreen ini mempunyai tekstur light, lembut, jenis tidak berminyak dan bukan jenis waterproff atau kalis air. Jadi ianya senang dicuci menggunakan air tanpa perlu guna remover. Jadi dapat jimatkan masa dan lebih praktikal semasa travel atau ride selain rutin harian.

Aloe Vera Sunscreen Jenis Tidak Berminyak

Light texture of cream dan tidak menutup pori

Bagi membuktikan Aloe Vera Sunscreen ini mesra wudhuk, cik en buat satu eksperimen untuk menyakinkan korang. Cik en apply dan cuci dengan air sahaja. Selepas cuci korang akan nampak macam putih susukan? Jadi ianya sebati dengan air sahaja tanpa perlu remover. Selepas itu korang lapkan dan Aloe Vera Sunscreen akan remove sepenuhnya. Jika ianya tidak sebati, korang akan nampak macam tak bercampur air dengan sunscreen. Boleh nampak seperti kalis air. Korang boleh tengok gambar di bawah ini

Senang dicuci menggunakan air sahaja. Tanpa perlu remover

Apabila ride ini, sememangnya muka akan berpeluh dan kena direct terus daripada matahari. Event yang cik en pergi kebanyakan di kawasan lapang dan panas. Apabila pakai Aloe Vera Sunscreen in kulit cik en jadi lebih berseri dan cantik. Tak melekit, tak berminyak dan mantain even panas sangat. 





Selain itu, ada satu lagi yang buat cik en rasa suka dengan Aloe Vera Sunscreen ini. Korang rasa apa? Ofcourselah kandungan Aloe vera yang ada. Nama pun Aloe Vera Sunscreen kan? Banyak kebaikan aloe vera pada kulit kita. seperti sebagai antiseptik, membaiki sel rosak, mengelakkan penuaan dan kesan paling cepat dapat calm korang punya skin. Tengah panas ini even pakai sunscreen still rasa bahangnya kan. So dengan Aloe Vera ini bantu menyejukkan kulit muka dari dalam. 




Ini la sebab cik en selesa menggunakan Aloe Vera Sunscreen ini. Tiap kali ride dan travel memang cik en akan bawa walaupun ada juga perhatikan seorang rider sejati tapi jaga muka jangan kasi gelap. Salah tu, sunscreen bukannya untuk tak nak jadi gelap, tapi sunscreen bantu kulit kita dari penuaan sunburn dan paling menakutkan mengelak terjadi kanser kulit. Tapi sebagai beragama Islam, kita terikat dengan amalan harian seperti solat. Jadi nak solat kena bersih sepenuhnya. Pemilihan terbaik adalah sunscreen yang mampu melindungi kulit kita dan dalam masa yang sama mudah dibersihkan untuk solat. 

Eintan Nurfuzie

Lifestyle Blogger, Veterinarian, Social Media Influencer, Love Travel & Ladies Rider | Any Advertorial, Collaborations and Review : Facebook > Eintan Nurfuzie | Page Facebook > Nurfuzie.com | Group Facebook > Tips dan Rawatan Kucing | Instagram > @eintan_nurfuzie | Twitter > @eintan_nurfuzie | Channel Telegram > Eintan Nurfuzie | Channel Youtube > Eintan Nurfuzie | Email > eintannurfuzie@gmail.com

Post a Comment

Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Previous Post Next Post