AEON Mesra Deepavali Bantu Golongan Kurang Kemampuan Menyambut Pesta Cahaya

AEON Mesra Deepavali Bantu Golongan Kurang Kemampuan Menyambut Pesta Cahaya | Selepas kita terpaksa penjaga penjarakan dan tidak dapat bergerak bebas kerana pandamek Covid19, akhirnya setiap bangsa dan kaum di seluruh Malaysia mampu untuk beraya dengan meriah tanpa perlu akur dengan peraturan pergerakan dan sosial ditetapkan oleh kerajaan. Begitu juga menyambut Deepavali tahun ini dan kerana itu The Malaysia AEON Foundation menganjurkan satu program diberi nama AEON Mesra Deepavali bagi membantu golongan kurang upaya menyambut hari raya yang penuh dengan cahaya bagi kaum India. 



Siapa The Malaysia AEON Foundation (MAF)



Siapakah The Malaysia AEON Foundation atau dipanggil MAF ini? Mungkin masih ramai yang tidak tahu dan Cik en pun baru tahu MAF merupakan satu yayasan yang banyak membantu golongan kurang upaya di Malaysia. Ditubuhkan pada tahun 2004 AEON yang menjadi peruncit pertama di Malaysia mewujudkan yayasan amal ini telah menyumbang lebih RM 14 juta untuk banyak program masyarakat. MAF ini adalah satu cabang tanggungjawab koporat bagi AEON Group Malaysia. Ianya membantu kepada mereka yang tidak mempunyai akses kepada keperluan asas seperti pendidikan, tempat tinggal dan sokongan perubatan. Ia juga bertujuan untuk memberi bimbingan kepada yang lebih muda generasi dalam menangani cabaran sosial hari ini tanpa mengira kaum dan agama, dan untuk mengembangkan lagi potensi mereka untuk masa depan yang lebih bermakna. 

AEON Group Malaysia terdiri daripada lapan entiti terkenal iaitu AEON CO. (M) BHD., AEONBiG (M) Sdn Bhd, AEON Fantasy (M) Sdn Bhd, AEON Credit Service (M) Berhad, AEON TopValu (M) Sdn Bhd, AEON Global Supply Chain Sdn Bhd, AEON Delight Sdn Bhd dan Yayasan AEON Malaysia

AEON Mesra Deepavali







Sempena menyambut Deepavali tahun ini, sekali lagi MAF memberi perhatian kepada kaum India daripada golongan kurang upaya untuk menyambut perayaan dengan lebih meriah. Bertempat di AEONBig Falim Ipoh perak, pada 15 Oktober 2022, MAF telah meraikan 80 orang kanak kanak daripada 30 buah keluarga yang memerlukan dan sumbangan merupakan pembelian pakaian sebanyak RM200 dan mendapat duit raya bernilai RM200. Keluarga pula diberi Kotak Bersamamu yang mengandungi barang keperluan bernilai RM100



AEON Mesra Deepavali ini dijayakan dgn bantuan sukarelawan dari AEON BiG, AEON Credit Service dan AEON Co. pelbagai aktiviti yang dijalankan seperti Pertandingan Kolum, Lucky Draw dan Best Dress. MAF memperuntukkan RM 90 000 untuk program ini dan bukan sahaja berlangsung di AEONBig Falim sahaja tapi 5 AEON dan AEONBiG seluruh negara seperti AEON Mall Taman Universiti, Johor, AEON Mall Bandar Sunway Selangor, AEON Mall Taman Equine, Selangor; AEON BiG Subang Jaya, Selangor; AEON BiG Bukit Rimau, Selangor yang melibatkan 300 orang kanak kanak terpilih. 

Satu usaha yang sangat cik en banggakan. Saling bantu  membantu untuk memberi kegembiraan kepada yang lain. Walaupun tidak semua kanak kanak di Malaysia tapi ianya sedikit sebanyak dapat memberi sinar kebahgian kepada mereka . Anyway MAF akan selalu buat program amal sebegini so stay tuned untuk program amal mereka selepas ini di Aeon Malaysia Foundation

Eintan Nurfuzie

Lifestyle Blogger, Veterinarian, Social Media Influencer, Love Travel & Ladies Rider | Any Advertorial, Collaborations and Review : Facebook > Eintan Nurfuzie | Page Facebook > Nurfuzie.com | Group Facebook > Tips dan Rawatan Kucing | Instagram > @eintan_nurfuzie | Twitter > @eintan_nurfuzie | Channel Telegram > Eintan Nurfuzie | Channel Youtube > Eintan Nurfuzie | Email > eintannurfuzie@gmail.com

Post a Comment

Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Previous Post Next Post