12 Tempat Menarik Di Kampar Perak | Pernah terfikir bercuti di Kampar Perak? Ke korang tak tahu dimana Kampar Perak? Rugi sangat kalau korang masih belum explore di sini. Cik en habiskan masa 3 hari di Kampar untuk aktiviti lasak, berOOTD, makan dan belajar sejarah. Bukan blogger la kalau Cik En tak kongsi dengan komer. So Cik en akan listkan 12 tempat menarik di Kampar Perak tapi korang kena janji lawat tempat yang disenaraikan. Tak dapat semua satu pun jadilah dalam senarai ini. Bukan apa, korang kena cuba datang dan merasai nanti korang akan berminat untuk melawat tempat seterusnya di sekitar Kampar ini. Lets go!
12 Tempat Menarik Di Kampar Perak
Anyway cik en pernah kongsi beberapa tempat menarik ini di 8 Aktiviti Menarik Di Gopeng dan Ipoh Perak Yang Boleh Korang Buat tapi korang kena ke 2 daerah berbeza dan jauh jauh pulak itu. Entri kali ini cik en akan kongsikan di sekitar Kampar sahaja. Jadi korang boleh stay sahaja di Kampar dan perjalanan kesemua tempat ini ambil masa lebih singkat.
Tapi sebelum itu, cik en nak cadangkan korang stay di Grand Kampar Hotel sebabnya kedudukannya yang lebih strategik untuk korang. Tempat tidur cik en dah kongsi, jom gerakkan kereta ke tempat tempat ini :
Gua Tempurung
Sebut Gopeng mesti korang tahu, ada satu gua best untuk explore iaitu Gua Tempurung. Gopeng dalam daerah Kampar rupanya cik en ingatkan Ipoh atau dikenali daerah Kinta. Cik en explore stage ke 4 mengambil masa 4 jam tapi disebabkan ada aktiviti petang kena cut masa sikit. Ada 4 pakej iaitu 2 kering atau dry dan 2 lagi laluan wet atau basah. So, korang akan berjalan, mendaki dan menurun tangga, mendaki dan menurun bukit dalam gua, merangkak, mengesot, mengecilkan perut, melintang, berenang,berkuak kupu kupu dan lain lain lagi. Hahaha. so cik en kongsikan gambar menarik yang sempat dirakam sepanjang aktiviti ini di Insta Story Gua Tempurung
Water Rafting Sungai Kampar
Water Rafting adalah aktiviti yang cik en tunggu tunggu. Ini masuk kali kedua cik en join aktiviti lasak Water Rafting ini. Sumpah seronok dan pastikan korang refer management yang korang ambil adakah paras sungai cetek atau tidak. Cetek pun best tapi lagi adventure kalau dalam. Korang akan lebih rasai seronok rafting. Anyway, cik en gunakan servis dari company sama iaitu RiverBug. Sebabnya dorang specialist dalam rafting. Selain Sungai Kampar, mereka ada juga di Sabah. Story lain korang boleh tengok di Insta Story Rafting
Ladang Pokok Gaharu (HOGA)
Cik en pernah juga sebelum ini tapi cik en rasa teruja sangat sebab ada station baru dan banyak perubahan yang berlaku. 1st station adalah port paling cik en tak sangka ada. Dah rasa macam di Cameron Highlands tapi versi privacy. Cantik sangat permandangan dan korang boleh chill minum teh atau kopi gaharu di sini.
Station ke2 pula dah upgrade dan ada kura kura comel 2 ekor. Tempatnya lebih cantik dengan gambar mereka lukis di pokok pokok disini. Ada kucing, buaya, gorila dan sebagainya. Dan juga cik en dan geng buat miming lagu hindustan. Sesuai pula tempat ini buat TikTok. ahahhaha
Station ke3 memang terkejut sikit sebabnya ada pokok merupai 2 orang tengah berpeluk. Tapi korang kena jauh sikit untuk nampak. Selain itu ada tempat rehat, kolam ikan, ada juga laluan melalui air terjun mini menuju ke pintu gerbang sebelum ke main station.
Blogger Zharif |
Lepas selesai semua station, please try ais krim gaharu yang mereka jual. Sedap dan pastikan korang hanya jumpa di sini sahaja. Nak shopping pun boleh seperti minyak wangi, teh, minuman kesihatan, maggi gaharu, sanitizer dan banyak lagi berasaskan pokok gaharu. Gambar dan video lain di InstaStory Hoga
Muzium Gopeng
Muzium Gopeng asalnya ditempat lain semasa cik en lawat pada tahun 2019. Cik en agak confuse dan bertanya juga dengan pemilik muzium gopeng yang cik en rasa bukan ini tempat dia. Dan dia ceritalah muzium ini dah berpindah rupanya. Dulu dirumah kedai 2 tingkat dan sekarang berpindah di hadapannya sahaja. Banyak barang lama yang ditinggalkan dan dikumpulkan di muzium ini. Pemilik muzium ini antara penduduk yang paling lama atau boleh disebut otai di Kampar ini. Jadi banyak sejarah yang beliau ceritakan menarik minat sesiapa yang datang ke sini.
Paip Besar Gopeng
Selama ini cik en lalu lalang tak tahu yang ada Paip Besar Gopeng ini. Paip Besar Gopeng ini adalah salah satu tempat menarik yang korang boleh lawati rupanya. Bukan sebarang paip ye semua. Paip ini ada sejarahnya. Dibina pada tahun 1908 untuk menjadi mercu tanda kegemilangan industri perlombongan timah di Gopeng. Paip air besar sepanjang 15km ini dalunya berfungsi untuk menyalurkan air dari kawasan gunung ke kawasan perlombongan bijih timah di sekitar Gopeng dan juga sebagai bekalan air bersih untuk penduduk setempat. Sayangnya sekarang ini ada tinggal 200 meter sahaja kerana ada yang tidak bertangjawab menjualnya sebelum diambil alih oleh Majlis Perbandaran Kampar sebagai salah satu tempat menarik di Kampar.
Tapi bila geng kami sampai, paip yang sejengkal ini macam macam boleh buat jadi OOTD. Nasib mereka tak dan buat TikTok. Hahahha. Anyway cantik juga bila bergambar ramai ramai disini
Nasi Kandar Iqa Corner Malim Nawar
Dah sampai dekat Ipoh ini mesti korang nak pekena Nasi Ganja kan? Tak payah bersesak masuk pekan Ipoh nun, stay je kat Kampar dan korang cari Nasi Kandar Iqa Corner di Malim Nawar. Kaki nasi kandar kena cuba, kari kepala ikan dia nalllaaaa.. sodap. Disebabkan cik en bukan peminat nasi kandar, so cik en cari makanan yang lain tapi signature mereka. Mee Rebus Iqa Corner memang sedap sangat. Pekat dan portion dia banyak. Mee Kari dia pun sedap juga. Sebab dah semua makan nasi, cik en dah kenyang nasi tak mampu lagi nak tambah order yang lain. Cuma hirup kuah dari Ney yang makan Mee Rebus. Mee Rebus, Mee Kari , Laksa dan menu berkuah yang buat ianya berbeza dari satu kedai ke kedai yang lain adalah kuah dia. Cik en akan rasa kuah dulu, jika sedap memang menu itu korang kena cuba. So cik en pamerkanlah menu menu yang menjadi tumpuan orang ramai di kedai ini
Gua Kandu
Explore Gua Kandu lebih ekstrem berbanding Gua Tempurung. Gua tempurung lebih lengkap berbanding Gua Kandu dari segi fasiliti. Tempatnya juga tidak dijaga sepenuhnya dan korang boleh explore menggunakan guide yang ada dalam pakej. Kalau tiada pakej,korang tak boleh nak explore sebabnya memang gelap tanpa lampu atau cahaya dari luar. Dikatakan Gua Kandu ini tempat persembunyian Komunis China dan Markas Tentera Jepun semasa Perang Dunia ke2. Tapi kalau korang suka OOTD tempat sereeemmm boleh ambil gambar di pintu masuk gua macam ini.
Muzium Perlombongan Bijih Timah
Muzium ini cik en tak pernah tahu tapi masuk sahaja muzium ini, rasa macam wow! Ada banyak sejarah mengenai industri bijih timah yang menjadi kebanggaan kita orang Melayu. Rupanya Long Jaafar adalah orang yang mula mula menjumpai bijih timah di Larut. Anaknya Ngah Ibrahim merupakan orang yang tidka asing lagi dalam industri Bijih Timah di Perak. Muzium ini mempunyai 4 model perlombongan bijih timah dari pelbagai era. Dari tradisional, semi tradisional sehinggalah pengeluaran besar besaran. Pelbagai dokumen, barangan melompbong, replika dan sebagainya boleh korang dapati di sni. Kiranya info lengkap dan muzium ini merupakan muzium bijih timah terbesar di Malaysia.
Nampak macam bosan kan muzium ini tapi try masuk, korang akan dapat sesuatu dari muzium ini. Tak jauh juga dari Grand Kampar Hotel. Jalan kaki pun boleh.
Jam Merdeka Kampar
Next tempat menarik korang boleh pergi adalah Jam Merdeka Kampar. Nampak macam pelik je nak melintas jalan ray auntuk ke Jam Merdeka Kampar ini, tapi kalau untuk berOOTD memang lawo. Ada sejarah jam ini. bukan jam bishe bishe bak kata orang sekarang. Jam ini adalah jam bersempena dengan kemerdekaan Malaysia. Diusulkan dan dipersetujui pada taun 1960, dibina dalam masa 2 bulan pada tahun 1961 dan diletakkan jam pada tahun 1962. Uniknya, ada lagu sebelum detik jam berbunyi. Bukan setiap masa tapi agak rare sikit jam besar sebegini ada lagu sebelum detik.
Arca Mendulang Kampar
Port ini agak bahaya untuk korang berOOTD sebabnya di bulatan Muhibbah berdepan dengan Balai Polis Kampar. Dibina pada tahun 1993/94 oleh Prof Madya Dr Ariffin daripada Fakulti Seni Lukis dan Seni reka Uitm. Ianya sebagai simbolik Kampar sebuah kawasan perlombongan biji timah yang maju satu ketika dulu.
Disney Avenue Agacia Land Kampar
Nak pergi Eropah macam lambert lagi so kalau nak merasai ala ala Eropah, korang boleh ke Disney Avenue Agacia Land Kampar. Kawasan ini tak besar sangat tapi yang boleh menjadi tarikan adalah bangunana 3 tingkat yang dibina mengikut ciri ciri bangunan Eropah. Menaikkan seri adalah warna warna pastel yang berbeza setiap bangunan. Bangunan ini dibuat sebagai rumah kedai dan akan ada tapak pasar malam setiap sabtu.
Disini, korang boleh ambil gambar sebanyak mana dan lighting on the point kalau pergi sebelah petang. Tapi pelik juga geng cik en ini, dorang suka tangkap gambar di bahagian belakang bangunan. Katanya lebih cantik dan mereka dan buat movie gangster pula. Hahahha. Anyway datang Kampar datang Disney Avenue Agacia Land Kampar okey!
West Lake
Syuhada Model |
Dan penat fikir posing di Disney Avenue Agacia Land Kampar tadi, korang boleh finalkan hari korang bertenang di West Lake Kampar ini. West Lake ini adalah kawasan perumahan dan telah dibuat satu port memancing untuk korang suka memancing. Tapi kalau bukan kaki pancing, korang boleh ambil gambar dan kat sini ramai photographer buat shoot. Sesuai sebabnya ada permandangan tasik dan gunung ganang. Ada jambatan kayu yang sesuai untuk bergambar.
Ilham Seni @ Kampar
Ilham Seni @ Kampar atau dikenali Mural Art Kampar ini seakan akan di Penang. Di Penang sangat sesak kan? tapi disini lebih santai dan best. Mural yang dilukis sangat cantik dan berwarna warni. Bertemakan tempat menarik di Kampar, Ilham Seni ini merupakan tarikan terbaru di Kampar. Lagipun, sayang jika ada ruang belakang kedai yang terbiar tiada apa apa perancangan kan? Dengan adanya Ilham Seni ini, nampak lebih meriah. Lagipun Ilham Seni ini berdekatan dengan jalan utama (jalan lama) dari KL ke Ipoh. Full mural boleh tengok di Ilham Seni Kampar | Mural Art kampar
Cukup 12 tempat menarik di Kampar beserta 1 tempat makan yang sedap. Cukup la kalau korang merancang percutian 3 hari 2 malam disini. Untuk makan yang lain, korang boleh ke Nasi Kandar Beratur, Kelapa Leleh, dan sebagainya. Tapi makanan di Grand Kampar Hotel dah cukup untuk cik en. Sebabnya semuanya sedap sedap dan harganya sangat berpatutan. Jangan lupa pesan ayam goreng GHK ini. Kami rasanya sekali makan ramai ramai 4 set juga la. Hahhaha
That all untuk trip kali ni. So cik en pun dah share tempat menarik yang ada di Kampar. Untuk maklumat lanjut mengenai mengenai semua tempat ini korang boleh ke laman web Majlis Daerah Kampar .
Jumpa di next entri. Bye!
Menarik. Antara tempat yang LeYa belum explore adalah Kampar. Next, insyaAllah boleh ke sini. Sebab cantik² juga lokasi yang ditunjukkan Cik Ein
ReplyDeletewah..thanks for sharing cik Ein. selalu orang ke Ipoh atau Gopeng sahaja tapi Kampar pun daerah yang menarik rupanya.
ReplyDeletetak pernah sampai ke kampar lagi tapi macam menarik juga tempatnya
ReplyDelete