7 Sebab Korang Perlu Menginap Di The Haven Ipoh

7 Sebab Korang Perlu Menginap Di The Haven Ipoh | The Haven Ipoh atau The Haven All Suite Resort Ipoh merupakan penginapan yang paling cik en suka. Cik en pernah menginap sebanyak 3 kali dan pernah makan di restoran mereka 5 kali. Tempat yang seakan syurga dunia so tak salah kalau namanya di panggil The Haven. Mesti korang nak tahu kenapa cik en memilih The Haven dan ini 10 Sebab Korang Perlu Menginap Di The Haven Ipoh 



7 Sebab Korang Perlu Menginap Di The Haven Ipoh 

Tapi sebelum itu, cik en nak kongsikan sedikit info mengenai The Haven Ipoh ini. Ianya terletak di Tambun Ipoh, mempunyai 3 bangunan dan mempunyai permandangan bukit batu kapur yang cantik dan ada batu kapur yang telah wujud semasa zaman dinosour lagi. Jadi korang akan nampak replika dinasour di satu sudut dalam kawasan The Haven Ipoh. 



Senarai yang disenaraikan adalah pendapat peribadi cik en mengenai The Haven Ipoh sepanjang cik en menginap di sana dan menikmati makanan dan permandangan. Daripada semua yang cik en senaraikan mungkin ada yang akan menarik atau memenuhi taste korang. Boleh la cuba menginap di sini. Bagaimana? Cik en akan sertakan link dan sedikit tips untuk dapatkan harga yang lebih berbaloi.

1. Kawasannya selamat dan terkawal 

The Haven Ipoh merupakan penginapan yang selesa, selamat dan terkawal. Sebabnya nak masuk ke sini korang perlu melalui guard yang akan tanya detail kenapa korang nak masuk. So dari segi keselamatan memang tidak diragui. The Haven menghadap Bukit Batu Kapur dan dipagar sepenuhnya untuk mengelakkan bahaya seperti binatang berbahaya atau penceroboh.

2. Bilik yang sesuai untuk keluarga

Bilik penginapan disini berkonsepkan suite. Dalam satu apartment mempunyai beberapa bilik , ruang tamu, ruang makan dapur dan balkoni. Sangat sesuai untuk korang bawa keluarga dari pelbagai peringkat umur. Setiap bangunan mempunyai lift dan ruang besar untuk membawa wheel chair, troli dan pelbagai barangan lain. Semua suite yang ada semuanya menghadap bukit batu kapur, tasik dan kolam mandi. Korang boleh tengok video di The Haven Ipoh

3. Semula Jadi

Ini adalah sebab utama cik en kerap menginap disini. Alam semulajadinya yang buat cik en releks dan tenang. Bukit batu kapurnya yang cantik, trek jogging dengan permandangan tasik, pokok, bunga, dan bunyian tenang seperti cengkerik dan burung akan buat korang lupakan kesibukan kerja dan masalah yang ada sebentar. Bagi fikiran dan badan berehat sebentar

4. Tempat Yang Strategik

Kalau ikutkan, cik en kalau menginap di sini memang jarang keluar tapi kalau korang yang nak berjalan disekitar The Haven Ipoh sangatlah menarik. The Haven berdekatan dengan Lost World Tambun, kedai makan banyak dibuka sekitar Tambun termasuklah fast food Mekdi, supermarket TF Value. Kalau nak ke sini pun tidak perlu masuk pekan Ipoh yang sibuk kerana korang boleh susur keluar Ipoh Tambun terus ke sini. Kalau nak menikmati permandangan di kawasan Ipoh, boleh ke Gerbang malam, Pasar Karat (ahad sahaja), Gunung Lang dan banyak lagi. 

5. Kawasan Lapang Dan Luas 


Perbezaan ketara The Haven Ipoh dengan penginapan lain yang cik en pernah bercuti adalah kawasannya yang lapang dan luas. Korang boleh berjalan atau jogging disekitarnya tanpa perlu risau. Kalau nak bagi lebih faham, korang berada dalam kawasan yang dikelilingi hutan mini, bukit batu kapur, dan bangunan penginapan. Jadi ruangnya mempunyai pengudaraan yang baik dan pencahayaan matahari yang maksimun. 

6. Kemudahan Yang Lengkap

Seperti yang lain, The Haven mempunyai kemudahaan yang lain seperti Gym, Restoran, Spa, steam room, badminton court, squash courts, jogging track, tennis court, children playground, junioe playroom, business centre, ballroom, shuttle services, sewa basikal dan helipad tersendiri. Ada juga aktiviti yang boleh dibuat secara berkumpulan. Boleh request untuk buat memanah, teambuilding, majlis perkahwinan, persidangan dan lain lain lagi. 

7. Makanan yang disediakan bebas MSG, menggunakan bahan semulajadi dan tiada perasa tambahan



Korang yang menginap disini,wajib cuba masakan di restoran mereka atau namanya Cuisines Restaurant even hanya breakfast. Sebabnya makanan disini memang cik en jamin sedap dan sihat. Makanan yang disediakan disini bebas MSG, perasa tambahan dan juga menggunakan bahan semulajadi dan segar. Siapa yang alahan dengan perasa tambahan yang selalu digunakan di kedai makan boleh cuba masakan mereka untuk membuktikan makanan mereka berbeza daripada yang lain. Oh lupa, jangan tak cuba welcome drink mereka yang istimewa. Selalunya semasa check-in korang akan dapat voucher percuma untuk claim minuman ini. Maklumat lanjut korang boleh baca di The Haven Ipoh

Ini antara yang cik en rasa menarik mengenai The Haven Ipoh ini. Mungkin ada lagi yang menarik tapi korang sendiri la menginap disini dan rasainya. Sebelum terlupa, cik en nak kongsi tips dengan korang untuk sesiapa berminat menginap disini dengan harga berbaloi. Tempah melalui The Haven Ipoh PROMO & Booking 


Eintan Nurfuzie

Lifestyle Blogger, Veterinarian, Social Media Influencer, Love Travel & Ladies Rider | Any Advertorial, Collaborations and Review : Facebook > Eintan Nurfuzie | Page Facebook > Nurfuzie.com | Group Facebook > Tips dan Rawatan Kucing | Instagram > @eintan_nurfuzie | Twitter > @eintan_nurfuzie | Channel Telegram > Eintan Nurfuzie | Channel Youtube > Eintan Nurfuzie | Email > eintannurfuzie@gmail.com

2 Comments

Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Insyaallah ada rezeki boleh ke sana

    ReplyDelete
  2. Selalu jugak baca pasal The Haven ni. Harap ada rezeki stay sini nanti. Memang best tido hotel keliling alam semula jadi

    ReplyDelete
Previous Post Next Post