Kerap Sakit Leher?Boleh Cuba Tidur Dengan Joey Pillow

Kerap Sakit Leher?Boleh Cuba Tidur Dengan Joey Pillow | Buat kerja terlalu lama menghadap komputer dan melakukan pembedahan haiwan buat cik en sering sakit leher. Tabiat "patahkan" leher memang dari dulu lagi tak boleh ubah apabila sakit leher. Sampailah cik en baca artikel tabiat sebegini boleh memberi kesan serius. Terus cik en survey teknik apa lagi boleh kurangkan sakit leher. Antara tips penting adalah pemilihan bantal yang mampu mengurangkan sakit leher dan membantu cik en tidur nyenyak serta semangat untuk hari baru. Cari punya cari, cik en jumpa satu bantal yang sesuai dengan budget cik en iaitu Joey Pillow. Buatan Malaysia 100%, Hypoallergenic dan Antimicrobial serta ada 99-Night Risk-Free Trial. Menarik bukan? Kalau nak tahu review daripada cik en, korang kenalah baca artikel ini sampai habis. 

Joey Pillow

Kerap Sakit Leher?Boleh Cuba Tidur Dengan Joey Pillow 

Cik en jarang memilih bantal lagi lagi cik en orang kampung jadi sangat selesa dengan bantal original kekabu. Tapi semakin lama, bantal kekabu semakin kurang ada di pasaran jadi memilih bantal sedia ada dan murah. Sampailah sakit leher menjadi jadi dan cik en terpaksa mencari bantal yang sesuai dengan masalah cik en. Asalnya cik en tengok juga bantal berjenama tapi kurang kemampuan. Akhirnya jumpa Joey Pillow

Ciri Ciri Joey Pillow

Joey Pillow ini ada 2 side berbeza. Satu ketinggian 12cm dan satu side 10cm. Sesuai dipilih mengikut keperluan cik en masa tidur dan juga kepada individu yang berbeza saiz. Kelebaran bantal ini 42cm dan panjang 62cm. Berat cuma 1.5kg sahaja jadi ianya mampu memberi kesan baik kepada leher walaupun posisi tidur yang berbeza.



Cik en nak kongsi material yang digunakan dan cik en tak sangka ianya buatan Malaysia 100% dengan getah asli Malaysia. Getah asli Malaysia adalah getah yang mempunyai ketumpatan yang sesuai untuk menyokong leher dan tulang belakang serta mampu kekal dengan bentuk yang sama untuk jangka masa panjang. Selalunya kalau korng beli bantal, masuk 6 bulan dah kempis dan tidak empuk. Tidur pun rasa tidur atas tilam tanpa sokongan bantal. Berbeza dengan Joey Pillow sebabnya menggunakan getah asli negara kita.

Mungkin ada yang akan tanya, kalau boleh tahan lama, bantal tu keras tak? Semestinya tidak sebabnya ianya direka dengan ketumpatan yang sesuai. Apabila cik en tidur atas Joey Pillow, bantal akan mendap atau perkataan paling sesuai adalah empuk. Bangun sahaja dari Joey Pillow, bantal akan back to normal. Jadi ianya tidak keras dan sesuai untuk apa jua keadaan cik en tidur sepanjang malam. 

Joey Pillow ini ada Hypoallergenic & Antimicrobial yang mana sesuai untuk sesiapa yang sering alergik dan sentitif. Jadi jangan ragu ragu untuk korang cuba. 

Joey Pillow didatangkan dengan cover atau sarung bantalnya sendiri. Kualiti sarung memang terbaik. Jenis Top Knit iaitu 68% Polyester, 32% Viscose. Dibawah ini cik en close up rupa cover Joey Pillow

Ambil berapa masa cik en dapat kurangkan rasa sakit leher? Cik en ambil masa lebih kurang 1 minggu dan nampak kesan kekurangan sakit. Tidur pun lebih nyenyak. Sedar sedar masuk waktu Subuh. Kalau dulu, setiap 2 jam mesti terjaga dan tukar bantal. Sekarang tukar bantal dalam mimpi je. Hahahha. 

Kalau korang berminat mencuba, korang kena tahu tau, Joey Pillow ini ada 99 night trial. Warranty dalam masa 2 tahun dan juga tiada kos penghantaran. Jimat banyak bukan? Harga berbaloi lepas tu ada night trial lagi. Korang hanya tempah online sahaja di Joey Pillow

Eintan Nurfuzie

Lifestyle Blogger, Veterinarian, Social Media Influencer, Love Travel & Ladies Rider | Any Advertorial, Collaborations and Review : Facebook > Eintan Nurfuzie | Page Facebook > Nurfuzie.com | Group Facebook > Tips dan Rawatan Kucing | Instagram > @eintan_nurfuzie | Twitter > @eintan_nurfuzie | Channel Telegram > Eintan Nurfuzie | Channel Youtube > Eintan Nurfuzie | Email > eintannurfuzie@gmail.com

Post a Comment

Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Previous Post Next Post