Sunscreen Terbaik Semestinya Aloe Vera Sunscreen Dari Hansaegee Nature

Sunscreen Terbaik Semestinya Aloe Vera Sunscreen Dari Hansaegee Nature | Penggunaan sunblock dan sunscreen dah termasuk antara skincare paling penting sekarang. Dengan keadaan cuaca dan penggunaan bahan yang boleh menghasilkan UV seperti lampu menjadikan skincare ini wajib dipakai setiap hari. Cik en sentiasa menjaga kesihatan kulit berbanding solekan memandangkan cik en kurang gemar bersolek. Jika dulu cik en wajib gunakan 3 benda asas penjagaan muka iaitu pencuci, penyegar dan pelembab tapi sekarang sunscreen telah termasuk dalam rutin penjagaan harian. Pilihan cik en untuk sunscreen adalah Aloe Vera Sunscreen Dari Hansaegee Nature.


Sunscreen Terbaik Semestinya Aloe Vera Sunscreen Dari Hansaegee Nature

Aloe Vera Sunscreen Dari Hansaegee Nature adalah sunscreen yang baru cik en cuba dan terus jatuh hati dengan kesannya. Sangat berbeza dengan produk sunscreen yang lain dan semestinya sebagai peminnat Hansaegee Nature, cik en akan mencuba sunscreen yang dikeluarkan oleh mereka. Sebab cik en tahu, produk mereka semuanya berkualiti setakat ini. 

Apa Beza Sunscreen dan Sunblock?

Sebelum cik en nak story panjang mengenai Aloe Vera Sunscreen Dari Hansaegee Nature ini, cik en nak kongsikan sedikit ilmu penjagaan kulit sedikit untuk bantu korang memahami perbezaan antara Sunscreen dan Sunblock. Dari segi namanya pun kita boleh bezakan. Sunscreen adalah menapis cahaya matahari manakala sunblock adalah menutup sepenuhnya cahaya matahari daripada masuk terus ke kulit. Cik en akan memilih antara Sunscreen dan Sunblock mengikut tempat dan aktiviti yang cik en akan lakukan. 

Perbezaan Sunblock dan Sunscreen


Sunscreen selalunya sesuai untuk dipakai setiap hari terutama pekerjaan di tertutup atau tidak terdedah terus dengan cahaya matahari. Sunscreen akan menyerap terlebih dahulu cahaya matahari sebelum sampai pada lapisan dermis kulit yang akan menyebabkan kesan yang boleh menjejaskan kesihatan kulit. Jadi kulit kita masih mendapat manfaat Vitamin D

Berbanding Sunblock yang mana cik en akan pakai jika berkerja terus di bawah cahaya  matahari atau buat aktiviti seperti snorkling dan jogging. Kerana fungsi utama sunblock adalah melindungi kulit wajah dari sinar radiasi UVB (short wave ultraviolet B), satu radiasi yang menyebabkan kulit terbakar dan risiko kanser melanoma

Keistimewaan Aloe Vera Sunscreen Dari Hansaegee Nature Dengan Sunscreen Lain

Alo Vera Extract + SPF50 PA+++


Cik en memilih Aloe Vera Sunscreen Dari Hansaegee Nature kerana gabungan Aloe Vera dengan sunscreen. Aloe Vera dapat menyejukkan muka jika kita apply terus ke atas kulit. Dengan gabungan SPF50+ yang boleh menjadikan kulit sedikit kering dan Aloe Vera yang mampu memngurangkan masalah kulit dan iritasi ianya juga boleh memberi kulit jadi terhidrat. So taklah kulit terlalu kering dan juga terlalu berminyak 

6 Kelebihan Aloe Vera Sunscreen Dari Hansaegee Nature

Kelebihan Aloe Vera Sunscreen


Sebagai skincare yang membantu kulit lebih sihat ada 6 kebaikan Aloe Vera Sunscreen Dari Hansaegee Nature iaitu 

  1. Perlindungan Matahari / Sun Protection (UVA & UVB ) - Dengan SPF50+ PA +++ membantu melindungi kulit daripada sunburn dan kanser kulit
  2. Calming Skin - Aloe Vera membantu mengurangkan iritasi pada kulit yang sentitif dan membantu menyihatkan kulit
  3. Melembabkan Kulit - Adanya Glycerin dan Aloe Vera membantu kulit jadi lebih lembut, tidak kering dan dapat juga mencerahkan kulit
  4. Bebas Minyak dan Ringan - Tidak melekit, senang blend dengan mengunakan jari sahaja dan memberi kesan muka segar. 
  5. Based Make up - Kalau korang jenis bersolek, korang tak perlu nak beli asing produk lain sebagai based makeup. Hanya dengan Aloe Vera Sunscreen Dari Hansaegee Nature sudah cukup
  6. Tidak Bercapuk - Nampak lebih natural tanpa ada bercapuk capuk seperti sunscreen yang lain. Nampak seperti tak pakai sunscreen je.

Aloe Vera Sunscreen Dari Hansaegee Nature Boleh Digunakan Semua 

Selalunya setiap produk akan dilabel untuk kulit jenis jenis yag sesuai dengannya tapi berbeza dengan produk dari Hansaegee Nature ini sebabnya produk keluaran mereka sesuai untuk semua jenis kulit dan begitu juga dengan Aloe Vera Sunscreen ini.

Menggunakan ekstrak tumbuhan seperti Aloe Vera Juice, Esktrak Orkid, Estrak Pegaga dan Esktrak Mulberi 

Kandungan Bebas Bahan Bahaya seperti 

Bebas daripada bahan bahaya

Review Daripada Eintan Nurfuzie 

Cik en nak kongsikan secara ringkas mengenai Aloe Vera Sunscreen Dari Hansaegee Nature ini daripada review jujur daripada cik en sendiri. 

Rupa dan Saiz 

Rupa dan Saiz Aloe Verea Sunscreen




Twist Lock Cover

Bekas Aloe Vera Sunscreen Dari Hansaegee Nature ini berwarna putih dan berisipadu 70ml. Menutupnya jenis Twist Lock Cover buat Aloe Vera Sunscreen Dari Hansaegee Nature ini tidak comot dan mudah tumpah.

Kandungan 

Krim bewarna putih kehijauan dari aloe Vera





Sunscreen bewarna putih kehijauan sikit. Rupanya seperti krim yang lembut. Memberi kesan ringan dan lembab selepas pakai tapi tidak berminyak. Sunscreen ini lebih moist berbanding yang lain. Jadi, kulit muka akan jadi fresh sebab moisturizing tersebut. 

Sangat senang nak blend dengan hanya gunakan jari sahaja dan yang penting tak nampak bercapuk sana sini lagi lagi kalau berpeluh. Nampak tidak bewarna atau natural kulit asal kita. 


Kulit cik en pun tak rasa gatal selepas pakai sunscreen ini. Sebab sebelum ini pernah cuba sunscreen lain sampai waktu berpeluh mesti gatal gatal dan merah merah. Last last cuci. Mungkin kerana kesannya melekit. Tapi Sunscreen ini tidak melekit langsung. Rasa macam krim biasa tapi ada kesan sunscreen yang baik untuk kulit.

Tekstur




Mesti ramai nak tahu tekstur sunscreen ini. Sunscreen ini ringan macam tak pakai sunscreen je, tidak juga berminyak atau melekit.. 

Cara Penggunaan 

Tidak bercapuk dan nampak natural


Dipakai yang terakhir dalam rutin skincare dan juga permulaan (makeup base) untuk bersolek. Warnanya tidak bercapuk, dapat naikkan sedikit tone warna tapi nampak sangat natural. 

Harga 

Harga Aloe vera Sunscreen

Buat masa ini harga adalah RM 83. Mungkin akan ada kata ianya lebih mahal tapi bagi cik en sangat berbaloi sebabnya dah boleh jadikan base makeup (dah boleh skip beli base makeup) dan boleh pakai lama kerana kuantitinya yang banyak dan teksturnya jenis krim. Berbanding yang lain jenis cair. 

Dimana boleh beli?

Cik en selalu tengok di shopee mereka tapi boleh juga beli di laman web dan boleh juga tengok testimoni dan tips skincare di facebook dan instagram mereka di bawah ini 


🍁Brand: Hansaegee Nature 

🍁Website: www.hansaegee.com/shop

🍁IG page: https://www.instagram.com/hansaegeenature/

🍁FB page: https://www.facebook.com/HansaegeeNature 

🍁Youtube page: https://www.youtube.com/c/HansaegeeNatureMalaysia




Eintan Nurfuzie

Lifestyle Blogger, Veterinarian, Social Media Influencer, Love Travel & Ladies Rider | Any Advertorial, Collaborations and Review : Facebook > Eintan Nurfuzie | Page Facebook > Nurfuzie.com | Group Facebook > Tips dan Rawatan Kucing | Instagram > @eintan_nurfuzie | Twitter > @eintan_nurfuzie | Channel Telegram > Eintan Nurfuzie | Channel Youtube > Eintan Nurfuzie | Email > eintannurfuzie@gmail.com

Post a Comment

Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Previous Post Next Post