Raya Terkejut 2022

Raya Terkejut 2022 | Setelah Raya PKP selama 2 tahun, tahun ini memang terus dapat raya terkejut sebabnya hari yang dijangka raya diawal sehari. Semua jadi kelam kabut dan ada yang masih ada di jalan raya, masih bekerja dan ada tiket balik kampung di pagi raya. Tapi dalam terkejut dan kelam kabut, semuanya cik en nampak lebih gembira dan meriah setelah 2 tahun tak dapat balik kampung untuk beraya kerana PKP. 



Raya Terkejut 2022

Cik en sememangnya bercuti lama tahun ini dan balik sehari awal. Agak terkejut dan hampir tak percaya tapi cik en tetap kena cool. Hahhahaha. Apa pun, laksa dah siap masak cuma mak nak masak lebih awal untuk bagi kuah laksa lagi sedap. Daging masih beku dalam freezer dan raya pertama baru boleh direbus. Jadi sup daging dihidangkan raya kedua. 



Untuk raya kali ini, cik en akan ke Pahang raya ke 4 (Asalnya raya ke3 perancangannya tapi raya mengejut, jadi raya ke4 tapi hari yang sama di rancang). Cik en akan ke Felda Lakum untuk beraya dengan Opah dan Tok( family sebelah mak cik en). Disebabkan rumah arwah pak ngah (abang arwah abah cik en), cik en akan beraya sekali dan melawat pusara pak ngah. 

Kami memilih jalan Cameron Higlands jadi tidur la semalam di homestay Cameron Highlands. Esoknya kami akan melalui Ringlet terus ke Sungai Koyan seterusnya ke Raub - Bentong dan ke Mempaga dan terus ke felda Lakum. Cik en suka tukar tukar jalan. Ada 3 jalan yang pernah cik en lalui. 

1. Kuala Kangsar - PLUS - Tol Sungai Buloh - Batu Caves - Plaza Tol Gombak - Mempaga - Felda Lakum

2. Kuala Kangsar - Batang Kali - Genting Higlands - Genting Sepah - Mempaga - Felda Lakum

3. Kuala Kangsar - Simpang Pulai - Cameron Highlands - Ringlet - Raub - Bentong - Mempaga - Felda Lakum

Banyak pilihan kan dan sebelum abah meninggal, cik en dah mengkaji setiap laluan ini. Dan yang paling dekat laluan Cameron Highlands cuma di atas sana sesak sikit kalau menempuh waktu cuti sekolah. 

Semoga perjalanan kali ini berjalan lancar dan dapat beraya dengan keluarga di Pahang. Insyallah akan ke Kedah pula dan seterusnya di kawasan terdekat. Raya kan sebulan. Kita round selama sebulan dan dalam masa yang sama cik en boleh kenal saudara mara yang masih ada. Kalau tak bersoreh, takut ada yang tak kenal satu sama lain. 

Okey la, entri ringkas untuk kali ini. 

Eintan Nurfuzie

Lifestyle Blogger, Veterinarian, Social Media Influencer, Love Travel & Ladies Rider | Any Advertorial, Collaborations and Review : Facebook > Eintan Nurfuzie | Page Facebook > Nurfuzie.com | Group Facebook > Tips dan Rawatan Kucing | Instagram > @eintan_nurfuzie | Twitter > @eintan_nurfuzie | Channel Telegram > Eintan Nurfuzie | Channel Youtube > Eintan Nurfuzie | Email > eintannurfuzie@gmail.com

1 Comments

Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Previous Post Next Post