Simpan Emas di Maybank Islamic Gold Account-i (MIGA-i)

Simpan Emas di Maybank Islamic Gold Account-i (MIGA-i) | Cik en nak berkongsi mengenai simpanan emas secara digital sebabnya cik en dah ambil simpanan ini dalam sebulan yang lepas. Sesiapa yang kenal cik en, cik en tak suka pakai barang kemas even mampu untuk beli. Entahlah kenapa, cik en lebih suka minimalkan emas pada diri sendiri. Cik en lebih selesa dengan tiada bebanan emas pada badan. hahahha. Antara sebab juga adalah faktor pekerjaan cik en yang mana gelang tangan dan cincin akan menganggu rutin harian cik en. Tapi, cik en perlu ada emas untuk simpanan masa hadapan. Oleh sebab itu, cik en Simpan Emas di Maybank Islamic Gold Account-i (MIGA-i)


Simpan Emas di Maybank Islamic Gold Account-i (MIGA-i)

Emas ini boleh dimiliki dengan cara fizikal dan digital. Emas Fizikal seperti pembelian emas di kedai emas atau tukarkan kepada gold bar. Emas Digital pula adalah emas yang kepunyaan kita tapi dalam bentuk perlaburan. Cik en memang tak suka emas tersimpan dirumah dan dipakai jadi cik en ambil Maybank Islamic Gold Account-i (MIGA-i) untuk simpanan emas cik en. 

Mungkin ramai yang pernah dengar mengenai Public Gold kan? kalau tak silap cik en, emas di Maybank masih belum popular seperti Public Gold tapi agak berbaloi bagi cik en sebabnya memudahkan pembelian sebabnya cik en ada akaun Maybank. Hanya apply dan transfer terus sahaja. Sebabnya kalau tertunggu untuk buat selalunya cik en tak buat la. So bila ada duit terus buat tanpa perlu nak menunggu untuk mengelakkan cik en terlupa. 

Korang kalau berminat boleh ke web Maybank dan klik bahagian apply dan cari Maybank Islamic Gold Account-i (MIGA-i). Korang boleh beli dan jual bila bila masa sahaja. Hope ada jugalah simpanan emas daripada berbelanja tahu tahu dah habis. Walaubagaimanapun, cik en masih Main Kutu Selamat di Maybank juga. 

Cik en nak cuba pula e-Gold Investment Account | eGIA | CIMB pula selepas ini. Biar berselerak sikit sebab nanti ada simpanan terlupa apabila terdesak kan? hihihi

Eintan Nurfuzie

Lifestyle Blogger, Veterinarian, Social Media Influencer, Love Travel & Ladies Rider | Any Advertorial, Collaborations and Review : Facebook > Eintan Nurfuzie | Page Facebook > Nurfuzie.com | Group Facebook > Tips dan Rawatan Kucing | Instagram > @eintan_nurfuzie | Twitter > @eintan_nurfuzie | Channel Telegram > Eintan Nurfuzie | Channel Youtube > Eintan Nurfuzie | Email > eintannurfuzie@gmail.com

Post a Comment

Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Previous Post Next Post