Permit Perjalanan Ternakan? Pernah Dengar?

Permit Perjalanan Ternakan? Pernah Dengar? | Cik en tertarik untuk ulas mengenai Permit Perjalanan Ternakan yang ramai tidak tahu kewujudannya. Tapi sebagai penternak, mereka memang sepatutnya tahu kerana permit ini dah wujud lebih daripada 10 tahun yang lalu. Masa cik en masuk kerja, Permit Perjalanan Ternakan ini dah wujud dan dibahagi kepada 3 iaitu antara negara, negeri dan daerah. Penggunaan Epermit 1, Epermit 2 dan Epermit 3 (yang ini cik en tak pasti masih ada atau tidak kerana tak smua negeri menggunakannya) digunakan dah lama cuma dinaik taraf dari masa ke semasa. Untuk pengetahuan korang, cik en pernah ditempatkan di bahagian permit beberapa tahun sebelum ke bahagian kesihatan luar dan sekarang bahagian klinik. 


Permit Perjalanan Ternakan? Pernah Dengar?

Sebenarnya cik en ada terbaca mengenai Lelaki didenda RM5,000 pindah kambing tanpa kebenaran di Sinar Harian dan dikongsi oleh DVS di laman page facebook rasmi mereka. Dan rata rata komennya mengecam dan mempertikaikan denda tersebut. Sedangkan yang komen itu tak ada ternakan pun. Sebelum jadi keyboard warrior please do research. Seperti mana cik en cakap, sistem permit ini dah wujud lebih daripada 10 tahun. Dari zaman tulis buku dan cop sampailah sistem online yang mempercepatkan kelulusan permit. Cik en tak leh nak ulas panjang sistem permit terkini kerana dah lama cik en tinggalkan bahagian itu. 

Permit Perjalanan Ternakan diwujudkan untuk mengawal penyakit berjangkit. Andailah kata tiada permit, kemungkinan penyakit berjangkit akan merebak dari satu negeri ke satu negeri. Contoh penyakit Lumpy Skin Disease yang pernah tular tahun lepas. Dengan adanya permit perjalanan ternakan ini, DVS dapat mengawal keluarnya lembu yang positif dengan LSD ini. Kandang yang terjejas tak boleh keluarkan ternakan kerana permit digantung serta merta sehingga wabak dapat dikawal. 

Kalau korang pernah dengar Permit Perjalanan Kucing masuk atau keluar Sabah Sarawak semestinya Permit Perjalanan Ternakan pun ada. Permit adalah percuma cuma Sijil Kesihatan Veterinar sahaja berbayar mengikut bilanagn ternakan. Caj adalah berbeza diantara negeri. Untuk negeri Perak caj seperti dibawah 


Untuk dapatkan permit perlu ada ID Premis. ID premis adalah proses paling cepat boleh dibuat sebabnya tak perlu nak bagi segala sijil dan dokumen sangat pun. Seperti mana daerah cik en. Datang walk in untuk buat permit, isi borang e premis dan tunggu sekejap untuk daftar. Kalau tak sibuk tak sampai 10 minit dah dapat no ID. Tiada pembayaran pun. Selesai pendaftaran boleh terus buat permit. Jika permit antara negeri mungkin agak lambat kerana perlu kelulusan pengarah negeri tersebut dan pengesahan pembayaran permit di negeri tersebut. Dibawah ini Carta Alir 



Bayangkan kalau dulu Permit manual, perlu faks itu ini baru permit keluar. Sekarang semuanya atas talian sahaja. 

Untuk Permit Perjalanan Ternakan diantara daerah ianya bergantung kepada negeri. Bagi perak kami gunakan E-SKV yang mana menjanakan permit local dan Sijil Kesihatan Veterinar. Di daerah cik en, pengeluaran paling banyak adalah babi dan unggas iaitu ayam. Ini kerana daerah cik en ada 15++ ladang babi dan lebih 200 ladang ayam. Untuk ternakan lembu, kambing, kerbau dan lain lain memang ada permohonan permit tapi tak terlawan permit perjalanan ternakan babi. Seminggu lebih 2000 ekor yang keluar dari Perak dan dihantar ke rumah sembelih di kawasan Selangor. 

Hope dengan penerangan ini, korang jangan tuduh DVS makan duit rakyat. Setiap caj dikenakan diserahkan kepada kerajaan. Jika di perak, semua hasil yang dapat dimasukkan ke akaun Bendahari Negeri. Hasil hasil ini akan diberi semula untuk peruntukan jabatan jabatan di bawah SUK. 

Please, jadi keyboard warrior yang berilmu. Cari info dan jangan nak komen tanpa pernah tahu info tersebut. Belum masuk permit sembelih di Hari Raya Haji nanti. Akan ada netizen yang komen tak pernah tahu sedangkan permit sembelih dah lama juga wujud. 

Eintan Nurfuzie

Lifestyle Blogger, Veterinarian, Social Media Influencer, Love Travel & Ladies Rider | Any Advertorial, Collaborations and Review : Facebook > Eintan Nurfuzie | Page Facebook > Nurfuzie.com | Group Facebook > Tips dan Rawatan Kucing | Instagram > @eintan_nurfuzie | Twitter > @eintan_nurfuzie | Channel Telegram > Eintan Nurfuzie | Channel Youtube > Eintan Nurfuzie | Email > eintannurfuzie@gmail.com

2 Comments

Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Permit ni untuk komersil kan... Kalau just macam untuk hobi atau makan sendiri daging karkas tu perlu permit juga ka

    ReplyDelete
    Replies
    1. sepatutnya kena ada.. tp klu sekadar daging beli kat pasar xde la.. kucing arnab klu nk bawa balik kampung tu sepatutnya ada.. tp lebih kepada ternakan. sbb dvs ini menjaga keishatan manusia dan ternakan

      Delete
Previous Post Next Post