Masalah Sembelit Selepas Pembedahan

Masalah Sembelit Selepas Pembedahan | Pengalaman ini pengalaman cik en sendiri dan cik en nak berkongsi dengan korang. Sebelum ini, cik en memang ada masalah sembelit. Mungkin diet makanan cik en sebelum ini yang tidak terjaga. Selepas pembedahan fibroid, masalah ini lagi teruk dan cik en terpaksa ambil lactul untuk memastikan sistem pencernaan cik en okey dan membuang setiap hari. Sebelum keluar daripada hospita pun, antara soalan terawal yang akan di tanya adalah dah buang air besar? Kalau belum memang kena tahan wad lagi.


Masalah Sembelit Selepas Pembedahan
Masalah Sembelit Selepas Pembedahan


Masalah Sembelit Selepas Pembedahan

Menu pertama cik en adalah nasi solid dan sebenarnya ianya tidak sangat sesuai diambil selepas pembedahan. Makanan yang disarankan adalah jenis bubur atau yang berkuah. Cik en pun sendiri terlupa untuk beritahu yang cik en tak makan pedas dan ada masalah sembelit. Nasib masuk hari ke 2 pembedahan cik en dah dapat soft food. Jadi selepas itu, cik en boleh la buang air besar sikit. 

Diet Untuk Orang Sembelit

Sebelum ini, cik en tak ada masalah dengan sembelit sebabnya masih sihat, tapi kalau selepas pembedahan, kalau meneran lebih sememangnya sakit bahagian luka. Jadi, cik en amalkan beberapa tips seperti berikut

  • Minggu pertama Cik en memang request dengan mak cik en untuk makan sup, bubur atau kanji. Jadi dapat membantu melembutkan najis. 
  • Cik en ambil makanan seimbang. Sayur dan buah wajib ada selain protein.
  • Cik en ambil buah limau yang mana bagi diri cik en sesuai untuk sembuh luka dan masalah sembelit
  • Cik en akan ambil sayuran hijau setiap hari untuk membantu mengurangkan sembelit cik en 
  • Cik en akan paksa diri cik en kentut setiap hari. Kentut petanda cik en boleh buang air besar dengan mudah
  • Proses pertukaran soft food kepada nasi, cik en stanby ubat sembelit iaitu Lactul. Jika rasa nakk entut tapi tak lepas, cik en akan minum Lactul
  • Cik en pun amalkan air yogurt seperti Bliss,vitagen, dan lain lain lagi. 
  • Cik en akan kerap berjalan dan buat senaman ringkas seawal seminggu. Pusing pusing rumah pun dah cukup. Jangan baring sentiasa okey?Tak sihat untuk badan
Ini antara tips cik en mengatasi masalah sembelit selepas pembedahan. Mungkin lain orang, lain pengalaman tapi cik en banyak mencari ilmu kesihatan jika ada masalah masalah kesihatan. Please jangan nak percaya produk overclaim yang ada dipasaran. Bertanya kepada yang pakar bukan pada media sosial. 

Info dari KKM - Sembelit

Eintan Nurfuzie

Lifestyle Blogger, Veterinarian, Social Media Influencer, Love Travel & Ladies Rider | Any Advertorial, Collaborations and Review : Facebook > Eintan Nurfuzie | Page Facebook > Nurfuzie.com | Group Facebook > Tips dan Rawatan Kucing | Instagram > @eintan_nurfuzie | Twitter > @eintan_nurfuzie | Channel Telegram > Eintan Nurfuzie | Channel Youtube > Eintan Nurfuzie | Email > eintannurfuzie@gmail.com

Post a Comment

Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Previous Post Next Post