Iftar Ramadan Travelodge Ipoh | Alhamdulillah, dah masuk bulan Ramadan dan cik en pun akan kembali bekerja tak lama lagi. Disebabkan cuti selama sebulan kemungkinan akan sibuk selepas masuk kerja nanti. Sebabkan tahu akan sibuk, cik en bawa keluarga berbuka di luar walaupun baru masuk 2 Ramadan. Cik en bawa keluarga di salah satu hotel yang pernah cik en menginap iaitu Travelodge Ipoh. Tahun lepas mereka masih belum ada sijil halal tapi tahun ini secara rasminya telah menerima sijil halal pada Februari 2022 dan terus cik en grab 4 tempat duduk Iftar Ramadan Travelodge Ipoh
Iftar Ramadan Travelodge Ipoh
Cik en memang suka masakan di Travelodge Hotel terutama steamboat mereka yang tak dapat dimana mana tempat makan di Ipoh. Jadi, untuk Iftar Ramadan Travelodge Ipoh kali ini, semestinya mereka akan mengekalkan kualiti masakan mereka seperti tahun lepas. Ada lebih 100 menu yang disediakan oleh pihak Travelodge Ipoh setiap hari sepanjang bulan Ramadan kali ini. Iftar Ramadan Travelodge Ipoh tahun ini bertemakan kampung dan bolehlah penduduk Ipoh dan guest hotel menikmati juadah berbuka seperti di kampung halaman.
Cik en tak sabar nak kongsi gambar makanan yang mungkin boleh buat korang terliur. Jom kita tengok, antara menu yang ada disediakan.