Elakkan Beli Buah dan Sayuran Dari China | Cik en ada ikuti satu Chanel Telegram diasas oleh Dr Mazliana Mazlan yang berkongsi ilmu kesihatan. Chanel yang diberi nama Sembang Sihat ini asalnya adalah semangat cik en mengamalkan pemakanan yang sihat dalam usaha mengamalkan diet yang seimbang. Banyak ilmu kesihatan yang cik en dapat selain menu menu makanan yang sesuai di makan oleh anak anak dalam proses perkembangan mereka. Ada satu tajuk yang menarik untuk cik en kongsi bersama dengan korang iaitu Elakkan Beli Buah dan Sayuran Dari China.
Elakkan Beli Buah dan Sayuran Dari China
Mungkin nampak macam rasist je kan tajuk ini tapi cik en kena akui sememangnya ulasan yang diberi sangat memuaskan hati cik en. So cik en hanya kongsi semula artikel tersebut.
Setiap kali suami ke pasaraya untuk cari buah dan sayur beberapa tahun lepas, saya tak lupa untuk pesan cari buah dan sayur selain dari negara China. Kebaikan Buah Buahan
Sekarang, tidak perlu lagi saya ingatkan sebegitu sebab beliau dah mahir cari buah dan sayur yang betul-betul baik untuk kami sekeluarga.
China terkenal dengan pencemaran tanah yang paling tinggi di dunia. Kajian menyatakan 1/5 tanah di China tercemar dengan bahan buangan, racun serangga, logam berat dan sebagainya. Dan 41peratus dari pencemaran itu, datang dari pencemaran logam berat seperti chromium, lead dan arsenic.
Ada satu perkampungan di China dinamakan sebagai 'cancer village'. Kajian mendapati, kadar kanser di perkampungan yang berdekatan dengan kawasan industri perkilangan meningkat disebabkan oleh air dan tanahnya yang tercemar. Ramai antara mereka menghidap kanser hati, paru-paru, esophagus dan perut.
Perhatikan dan ambil berat sentiasa tentang apa saja makanan yang kita selalu hidangkan pada keluarga. Setiap jenis makanan yang masuk ke mulut kita, akan beri kesan walaupun sekelumit.
Saya kongsikan beberapa tips untuk memilih buah dan sayur.
1. Cari buah dan sayur yang berlabel
Baca label dari mana buah dan sayur itu datang, walaupun hasil tanaman sebenarnya tidak perlukan apa-apa bahan ramuan untuk dilabelkan. Elakkan hasil tanaman dari negara China.
2. Cari buah dan sayur di pasaraya
Jarang sekali saya jumpa buah dan sayur yang berlabel di pasar basah, pasar tani atau pasar malam. Jika susah nak bertanya, cari buah dan sayur di pasaraya untuk elakkan kita mengambil hasil tanaman dari China.
3. Bertanya jika tiada label
Ada juga hasil tanaman orang kampung di jual di pasar basah, pasar tani, juga pasar malam. Tapi banyak juga yang datang dari China. Kuncinya, bertanya jika tiada label untuk dibaca.
4. Cari buah dan sayur organik
Jika tiada pilihan buah dan sayur yang selain dari negara China, laburkan sedikit pada buah dan sayur organik. Buah biasanya banyak pilihan dari pelbagai negara, saya kira ia bukan satu masalah yang besar. Sayur kebanyakan datang dari China seperti bawang putih, kentang, lobak merah, kobis dan sebagainya.
Follow saya untuk perkongsian lebih tentang pemakanan dan gaya hidup sihat anak-anak dan keluarga.