5 Tips Diet Di Bulan Ramadan

5 Tips Diet Di Bulan Ramadan  | Selalunya di bulan Ramadan kita mampu mengurangkan berat badan dan ada yang berjaya memakai baju lama untuk hari raya. Tapi dalam 5 tahun kebelakangan ini, ramai yang menyatakan di Bulan Ramadan, berat tidak turun tapi semakin bertambah. Mana tak bertambah, masa berbuka penuh juadah berbuka atas meja. Sampaikan ada yang dibuang kerana tak dapat habiskan. Kali ini cik en nak kongsi tips yang dikongsi oleh Dr Tikfu Gee di media sosial untuk diet di bulan Ramadan



5 Tips Diet Di Bulan Ramadan 

5 Tips Diet Di Bulan Ramadan ini mungkin agak mencabar kepada sesiapa yang selalu bersahur dan berbuka dengan nasi tapi anggaplah ini satu cabaran untuk kurus dan juga kesihatan kita. Tapi sebelum itu, korang tahu tak, Piramid Makanan kita dah berubah? Jika dulu karbohidrit duduk ditangga bawah sekali tetapi sekarang dah berubah. Ditangga bawah adalah sayuran dan buah buahan. Jadi tips ini nampaknya menggunakan Piramid Makanan yang dipinda pada tahun 2020 yang lepas. 

1. Bersahur dengan membanyakkan sayur sayuran, buahan buahan dan protein

Dulu mak mak akan sediakan nasi atau menu karbohidrat untuk bersahur. Katanya memberi tenaga sepanjang hari. Tapi sekarang menu perlu diubah, lebihkan makan sayur dan buahan serta protein seperti ayam, ikan atau daging berbanding nasi. Ini kerana ada kajian saintifik menyatakan menu sayuran buahan beserta protein lebih mengenyangkan dan tahan lebih lama

2. Elakkan minuman atau makanan yang manis manis

Gula memang perlu dalam badan tapi minum minuman yang manis akan buat kita cepat rasa dahaga. Jadi bersahurlah dengan air kosong atau kurang manis. 

3. Rancang menu untuk berbuka

Kena rancang baik baik menu untuk berbuka puasa. Masukkan menu diet seperti suku suku separuh. Selalunya, jika ke bazar ramadan, jadi rambang mata jadi kenalah displinkan diri. Cik en dah beebrapa tahun elakkan ke bazar ramadan dan lebih suka masak sendiri. Jika terpaksa pun, hanya kuatkan hati untuk pilih 1 menu yang sihat dan kuih muih sahaja. Air memang jarang sebab cik en suka minum air suam atau kopi time berbuka

4. Jangan makan double

Yang ini kerap berlaku. Even bukan bulan puasa pun, kalau termiss waktu makan akan buat double. Kononnya nak cover waktu yang tak makan. Sebenarnya tak perlu pun. Banyak lemak yang ada cukup untuk backup sepanjang hari.

5. Elakkan buffet

Anyway, masa arwah abah ada, cik en kerap bawa keluarga makan buffet di hotel atau kedai tapi sekarang cik en dah kurang dan tahun lepas, cik en memang tak ke mana mana buffet kecuali review buffet ramadan sahaja.

Itulah tips yang dikongsi dan harap korang dapat buat azam untuk jadikan bulan Ramadan tahun ini menjadi seorang yang sihat tubuh badan disamping mengawal nafsu sepanjang bulan baik ini. Jangan lupa amalkan 10 Amalan Sunat Sepanjang Ramadan

Eintan Nurfuzie

Lifestyle Blogger, Veterinarian, Social Media Influencer, Love Travel & Ladies Rider | Any Advertorial, Collaborations and Review : Facebook > Eintan Nurfuzie | Page Facebook > Nurfuzie.com | Group Facebook > Tips dan Rawatan Kucing | Instagram > @eintan_nurfuzie | Twitter > @eintan_nurfuzie | Channel Telegram > Eintan Nurfuzie | Channel Youtube > Eintan Nurfuzie | Email > eintannurfuzie@gmail.com

Post a Comment

Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Previous Post Next Post