Kucing Kentut Tak?

Kucing Kentut Tak? | Setelah beberapa hari cik en update Fibroid Joirney cik en, kali ini cik en nak kongsi mengenai tips dan rawatan kucing. Anyway mungkin hanya info untuk korang untuk mengenali kucing kesayangan korang. Tak salah untuk korang tau adakah Kucing Kentut? Sebab ada melibatkan kesihatan kucing itu sendiri. Hope entri ini dapat membantu korang





Kucing Kentut Tak?

Ya!!! kucing memang kentut. Cuma akan ada beberapa keadaan la. Ada kentut yang tak berbunyi (tapi tak sekuat manusia okey), tau tau bau busuk je. Ada yang tak berbau, ada yang kerap kentut dan lain lain lagi. Ini kerana mereka memunyai sistem pencernaan dan gastrousus yang menghasilkan gas sama seperti manusia. 

Tapi kentut akan berubah menjadi abnormal jika berlaku 

  • Makan terlalu laju

Seperti manusia, kucing yang makan terlalu laju akan mengakibatkan perut kucing kembung. Jadi untuk elakkan mereka makan terlalu laju, hadkan pemberian makanan atau jangan skip time makan mereka okey?

  • Parasit di dalam usus

Parasit yang selalu adalah cacing. Cacing yang banyak akan mengakibatkan keradangan dalam sistem pencernaan yang mana boleh menghasilkan gas yang tidak normal. Jadi pastikan rujuk vet untuk dapatkan nasihat dalam penjadualan ubat cacing atau boleh rujuk entri Jadual Pemberian Ubat Cacing pada Kucing

  • Kandungan Makanan 

Jangan kata, kucing pun ada alahan pada jenis makanan yang ada di pasaran. Ada bahan dalam makanan yang sukar dicernakan oleh kucing dan ianya salah satu faktor mereka akan kentut. Kandungan fiber yang tinggi akan menyukarkan mereka untuk mencerna dan terjadinya masalah penyahadaman kepada mereka. 

Rajin rajin untuk ke vet dapatkan khidmat nasihat atau korang boleh rujuk jadual dibawah ini di What is in Pet Food

  • Pertukaran Makanan

Apabila membuat pertukaran makanan, akan berlaku banyak masalah jika di tukar secara mengejut. Jadi, faktor ini juga menyebabkan kucing kentut ye. Untuk elakkan korang bolehh baca entri Cara Memperkenalkan Makanan Baru pada Kucing

  • Masalah Kesihatan 

Masalah kesihatan seperti penyakit radang usus , sembelit , bebola rambut , limfoma GI , pankreatitis , ketidakseimbangan dalam bakteria usus, atau masalah lain dengan fungsi gastrousus boleh menyumbang kepada pembentukan gas. 

Masalah kesihatan lain, seperti masalah hormon, penyakit hati atau tekanan boleh memberi kesan kepada sistem pencernaan dan menyebabkan gas juga pada kucing korang

Untuk kes ini, kenalah rujuk kepada Vet sebab yang ini dah diluar bidang ilmu korang. Sebab vet lebih tahu apa yang terbaik. 


Done untuk entri kali ini, jumpa lagi nanti. Bye!


Eintan Nurfuzie

Lifestyle Blogger, Veterinarian, Social Media Influencer, Love Travel & Ladies Rider | Any Advertorial, Collaborations and Review : Facebook > Eintan Nurfuzie | Page Facebook > Nurfuzie.com | Group Facebook > Tips dan Rawatan Kucing | Instagram > @eintan_nurfuzie | Twitter > @eintan_nurfuzie | Channel Telegram > Eintan Nurfuzie | Channel Youtube > Eintan Nurfuzie | Email > eintannurfuzie@gmail.com

2 Comments

Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. tak pernah tau sebab ammi tak suka kucing

    ReplyDelete
  2. Wah terima kasih atas artikel yang berguna dan bermanfaat. kucing siam

    ReplyDelete
Previous Post Next Post