Keistimewaan Untuk Penderma Darah

Keistimewaan Untuk Penderma Darah | Sambungan daripada entri sebelum ini Berapa Kos Pembedahan Fibroid Cik en akan kongsikan tips untuk dapatkan caj percuma di hospital kerajaan. Walaupun korang bukan kakitangan awam tapi korang berpeluang mendapatkan caj percuma. Hanya dengan menjadi seorang penderma darah di hospital dan klinik kerajaan serta Pusat Darah Negara. Banyak kebaikan dan keistimewaan yang korang boleh dapat dengan hanya menderma darah sahaja. 




Kebaikan Kepada Kesihatan Bagi Penderma Darah


Banyak kebaikan yang sebenarnya orang tak tahu dengan menderma darah. Sesiapa yang nak kurus pun, kalau korang amalkan menderma darah secara berkala 3 bulan sekali mampu mengurangkan kalori dalam badan. Jom kita tengok apa kebaikan menderma darah. 


  • pemeriksaan kesihatan secara ringkas.
  • mengurangkan risiko serangan jantung dan penyakit jantung.
  • mengeluarkan zat besi daripada tubuh anda serta mengekalkan kecairan darah yang sesuai untuk kesihatan arteri anda
  •  mengurangkan risiko kanser pada bahagian usus, perut, hati dan tekak.
  • mengurangkan kalori dengan membakar 650 kalori
  • mengurangkan jumlah sel darah merah di dalam tubuh anda dan memaksa sumsum tulang untuk menghasilkan sel baru. Tubuh anda akan menjadi lebih bertenaga, dapat berfungsi dengan lebih baik dan badan berasa lebih segar!
  • dapat menyelamatkan nyawa tanpa mengira agama, budaya dan juga boleh dianggap sebagai suatu sedekah, dan terdapat pahala dalam bersedekah. 


Keistimewaan Untuk Penderma Darah 


Bukan sahaja kebaikan pada tubuh badan tapi Kerajaan Malaysia memberi keistimewaan kepada semua penderma. Dapat rawatan percuma, ward kelas A dan lain lain lagi. Korang boleh tengok di bawah ini





Selain dapat kurangkan masalah kesihatan, dapat makanan lagi selepas menderma darah dan dapat juga keistimewaan di Hospital dan klinik kerajaan. Kita nak hidup, jangan letakkan aras wang semata mata. Yang mana boleh kita buat untuk jimatkan wang, kita buat. Sebab duit ini kalau digunakan akan habis. Berjimat sebab kita tak tahu keadaan kita masa akan datang. 


Untuk maklumat lanjut mengenai kreteria penderma boleh ke siapa yang layak menderma                                        

Eintan Nurfuzie

Lifestyle Blogger, Veterinarian, Social Media Influencer, Love Travel & Ladies Rider | Any Advertorial, Collaborations and Review : Facebook > Eintan Nurfuzie | Page Facebook > Nurfuzie.com | Group Facebook > Tips dan Rawatan Kucing | Instagram > @eintan_nurfuzie | Twitter > @eintan_nurfuzie | Channel Telegram > Eintan Nurfuzie | Channel Youtube > Eintan Nurfuzie | Email > eintannurfuzie@gmail.com

Post a Comment

Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Previous Post Next Post