Cricut Maker 3 | Cik en dah lama nak jalankan small bussiness untuk dapatkan side income. Biar tak banyak hasilnya buat masa ini tak apa asalkan impian cik en nak memiliki small bussiness berkonsepkan creative dan design tercapai. Semenjak sekolah lagi, cik en terlalu minat dengan komputer. Masuk belajar dapat duit PTPTN beli laptop dan cik en suka design pelbagai benda termasuk edit video pakai movie maker yang ada di laptop. Kemudian cik en suka design di adobe photoshop. Belajar sendiri dan akhirnya dapat menghasilkan side income buat design blog rambu ramba masa itu. Sampai la masuk zaman sticker lani, cik en suka design pada cover phone, label di atas produk, tulisan sticker di kereta dan motosikal dan banyak lagi. Akhirnya impian cik en untuk belajar mengenai selok belok dunia designer or work with creativaty ini apabila cik en terorder Cricut Maker 3.
Cricut Maker 3
Cik en anggap, ini reward cik en selepas pembedahan fibriod dan anggap masa sebulan kerana cuti sakit boleh diisi dengan aktiviti atau kerja yang cik en minat selain bekerja dengan haiwan as veterinary. Cik en beli Cricut Maker 3 even masih beginner. Cricut Maker 3 adalah model paling latest dan untuk golongan profesional. Sebabnya Cricut Maker 3 ini bukan hanya cut kertas tapi boleh cut leathers, kayu nipis dan banyak lagi. Sedangkan cik en nampak untuk cut kertas sahaja. Hahahha
Harga Cricut Maker 3
Harganya agak keras sedikit berbanding produk cricut yang lain. Mungkin ada sukakan Cameo tapi cik en lebih tertarik dengan produk Cricut. Cik en beli melalui Shoppe dengan harga RM 2,200.00 ++.(bulan 3 2022) Korang boleh tengok harga terkini di Cricut Maker 3 . Ada 10 aksesori yang diberikan tapi kalau cik en tengok di laman web Cricut ada 13 barang free boleh dapat. Anyway di Malaysia, tak banyak yang jual Cricut Maker 3 ini lagi sebab ianya masih baru dlancarkan. Korang boleh tengok info di Cricut
Sampai seminggu selepas cik en keluar ward, cik en dah buat beberapa sticker dan label sendiri. Dengan quality rendah sebab kertas sticker cik en tak sampai sampai dekat seminggu. Yang itu, cik en akan kongsi untuk next entry. Anyway, dah ada label terbaru untuk entri ini. Maybe Cricut Journey?
syoknyaaa.. dulu sekitar 2015 mmg aktif jgk buat printing. skg dah stop.. btw ha ah zaza tukar template lagi hehehehe
ReplyDelete