Berapa Kos Pembedahan Fibroid?

Berapa Kos Pembedahan Fibroid? | Ramai juga bertanya cik en berapa kos yang cik en keluarkan sepanjang rawatan susulan, pembedahan, ward dan ubat ubatan sepanjang cik en mendapat perkhidmatan di Hospital kerajaan iaitu Hospital Seri Manjung Perak. Mungkin kos yang sama juga di mana mana hospital kerajaan di seluruh Malaysia disebabkan kerajaan telah menetapkan Fii yang sama di seluruh negara. Cik en akan buat perbandingan memandangkan cik en kakitangan kerajaan jadi hanya gunakan GL sahaja dan bayaran adalah percuma. 




Berapa Kos Pembedahan Fibroid?


Cik en flashback kembali rentetan dari awal cik en menerima rawatan sehingga ke pembedahan fibroid. Tapi cik en nak buat perbezaan antara hospital kerajaan dan swasta secara kasar.


Hospital Kerajaan


Jika kos pembedahan di Hospital Kerajaan mengikut tarikh awal cik en di sahkan fibroid pada tahun 2020 sehingga pembedahan.


  • Dimasukkan ke kecemasan = RM 1.00
  • Caj masuk ward (kali pertama) Ward Kelas Kedua Berhawa Dingin (RM40 x 3 hari) = RM 120
  • Rujukan ke Pakar Ong = Percuma 
  • Follow Up ( RM5.00 x 13 temujanji ) = RM65
  • Caj masuk ward (kali kedua) Ward Kelas 3 (RM 3 x 2 hari) = RM 6
  • Pembedahan  (RM 200 x 1) = RM 200
  • Ward sebelum dan selepas pembedahan Ward Kelas 3 ( RM3 x 5 hari) = RM 15
Total Anggaran = RM 407


Total anggaran di atas adalah anggaran kasar sahaja. Rujukan di kos hospital kerajaan


Kelebihan 


  • Harga lebih berpatutan dan mampu untuk rakyat (anggaran kes cik en RM 407)
  • Pembayaran pada hari yang berbeza beza jadi bukannya bil tertunggak.

Kekurangan 


  • Lambat kerana bilangan pesakit yang ramai
  • Wad lebih ramai dan kurang privacy
  • Waris tak dapat menunggu lagi lagi musim covid
  • Wheel Chair kena tunggu kalau nak digunakan jika patient terlalu ramai
  • Tarikh temujanji kalau terlepas, mungkin ambil masa sebulan juga untuk tukar
  • Tarikh temujanji pembedahan pun ambil masa 2 bulan tapi ada ubat yang diberi untuk membantu mengecutkan fibroid. 
  • Layanan nurse bagi cik en terbaik untuk Hospital Seri Manjung cuma kalau ramai mungkin akan lambat sikit jika ada masalah apa apa. 
  • Doktor pula walaupun masih baru tapi sangat friendly dan kerja mereka boleh diberi pujian 

Hospital Swasta


Cik en tak dapat buat perbandingan swasta sebab lain hospital lain caj dan selalunya tidak seragam. Tapi anggaran daripada staff nurse semasa cik en admit ward selepas pembedahan sekitar RM 10,000 dan hanya pembedahan sahaja, jika ada komplikasi, mungkin kos akan lebih tinggi. 


Kelebihan 


  • Tidak perlu tunggu lama
  • Wad lebih selesa
  • Makanan lebih sedap
  • Waris boleh menunggu 
  • Doktor lebih berpengalaman 
  • Layanan lebih eksklusif berbanding kerajaan 

Kekurangan

  • Harganya mungkin 5 atau 10 kali ganda lebih mahal sebab tiada subsidi macam kerajaan (anggaran RM10,000 untuk pembedahan)
  • Jika kes yang kronik, tetap juga perlu refer ke kerajaan 
  • Ada juga jika kes kekurangan darah, pesakit akan di hantar ke kerajaan.

Bagaimana untuk dapatkan caj percuma?


Di hospital swasta korang boleh gunakan medical card jadi sesiapa yang dari awal ada medical card, kesedaran untuk ambil insurans or everything melibatkan kesihatan jadi pembayaran di hospital swasta percuma atau lebih murah daripada harga asal.


Di Kerajaan pula, selain daripada kakitangan awam yang boleh beri Guarantee Letter atau GL, korang yang rakyat awam boleh dapat secara percuma. Tak percaya? Ikuti tips cik en untuk next entry okey?

Eintan Nurfuzie

Lifestyle Blogger, Veterinarian, Social Media Influencer, Love Travel & Ladies Rider | Any Advertorial, Collaborations and Review : Facebook > Eintan Nurfuzie | Page Facebook > Nurfuzie.com | Group Facebook > Tips dan Rawatan Kucing | Instagram > @eintan_nurfuzie | Twitter > @eintan_nurfuzie | Channel Telegram > Eintan Nurfuzie | Channel Youtube > Eintan Nurfuzie | Email > eintannurfuzie@gmail.com

1 Comments

Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Semoga Cik Ein terus sihat... amiinnn. Saya pun ada fibroid journey, 2x operate di SJMC (guna medical card). First tahun 2012 kosnya 10k. Kali kedua 2019 sebab cyst & remove sekali fibroid kecik yang tumbuh lepas first operation dulu, total cost hampir 16k. Saya pun ada share my fibroid journey kat blog >>> https://chicfaz.blogspot.com/search/label/Kisah%20Fibroid%20ChicFaz

    ReplyDelete
Previous Post Next Post