Apa Yang Boleh & Tak Boleh Dibuat Selepas Pembedahan Open Myomectomy Fibroid | Disebabkan cik en banyak pantang larang sepanjang "pantang" ini termasuk bercuti selama sebulan, cik en cuba untuk amalkan tips tips untuk menyembuhkan luka pembedahan dan mengelakkan fibroid kembali semula. Untuk pengetahuan korang, Dr Kamal info cik en dalam masa 5 tahun, kemungkinan fibroid akan ada balik sangat tinggi. Jadi masa dalam "pantang" ini amalkan diet, aktiviti dan kehidupan mental yang sihat. Sebelum, cik en melupakan atau buat buat lupa, better cik en take note dengan buat satu entri ini untuk panduan cik en dan juga korang yang belum pernah, tengah atau selepas fibroid.
Apa Yang Boleh & Tak Boleh Dibuat Selepas Pembedahan Open Myomectomy Fibroid
Sebelum cik en nak story lebih panjang, ramai yang tanya di entri Pembedahan Fibroid di Hospital Seri Manjung bagaimana cik en tahu ada fibroid, baru ke tahu dan lain lain lagi. Cik en ringkas even ada entry mengenai cerita fibroid tersebut. Cik en tahu pasal Fibroid dan Psikitrik serentak pada bulan 1 tahun 2020. Psikitrik korang boleh baca di OCD Journey. Mengenai fibroid memang cik en rahsiakan sampailah cik en warded pada bulan 9 tahun 2021 apabila HB drop sampai 5. Dan masa itu, cik en dah fikir masak masak untuk buat Open Myomectomy dan terima seikhlasnya kesan yang bakal cik en dapat selepas pembedahan. hampir setahun setengah cik en cari kekuatan dan buat pelbagai rawatan alternatif tapi semakin teruk.
Jenis Jenis Pembedahan Fibroid
Untuk info korang, ada beberapa jenis pembedahan pembuangan fibroid (seluruh dunia) iaitu :
- Uterine artery embolization. Small particles (embolic agents) are injected into the arteries supplying the uterus, cutting off blood flow to fibroids, causing them to shrink and die. ...
- Radiofrequency ablation.
- Laparoscopic or robotic myomectomy
- Hysteroscopic myomectomy
- Endometrial ablation.
Semoga cik en kembali sihat sepenuhnya.
ReplyDeleteDulu masa ammi buat operation betulkan rahim sbb ammi ada retroverted uterus, Dr. Hamid Arshat bagi tau jangan makan haruan & gamat. sbb 2 perkara yang org dulu suka bagi pada yg berpantang ni tak sesuai utk yang operation. Penyembuhan cepat disebelah luar, tapi didalam lemak2 kita semua akan berkumpul disatu tempat iaitu dipintu jahitan.