Tak Lama Lagi Nak Pembedahan | Sepatutnya ada satu entri yang cik en nak kongsi tapi kesibukan sangat jadi dah terlepas pun masa itu. Tajuk sepatutny adalah 2 bulan sebelum pembedahan tapi cik en tukar ke tajuk Tak Lama Lagi Nak Pembedahan sebabnya hanya tinggal sebulan sebelum pembedahan. Apa pun ini sambungan cerita dari entri Nampak Mengandung disebalik Fibroid.
Tak Lama Lagi Nak Pembedahan
Pada 6 Januari 2022, cik en ada temujanji OnG dan telah menyatakan hasrat untuk melakukan pembedahan setelah cuba beberapa kali dengan kaedah alternatif tapi masih tidak berjaya malah menjadi lebih teruk dan besar. Hasil scan hari itu, dari saiz 10 x 9 menjadi 14 x 10. Jadi cik en ambil keputusan untuk berhenti semua ubatan dan cara untuk pastikan ianya tidak lagi besar.
Jika saiz fibroid besar, kemungkinan cik en akan dibuka dibahagian menegak sehingga atas pusat. Jika kecil, kemungkinan ianya seperti luka pembedahan bersalin. Dengan persetujuan cik en, cik en diberi masa selama 2 bulan untuk kecilkan semaksimum mungkin dengan ubat yang disaran oleh doktor pakar.
Ubat yang diberi adalah Diphereline 3.75mg secara suntikan. Cik en perlu ambil 2 kali iaitu 6 Januari dan 3 Februari yang lepas. Kesan suntikan pertama tak banyak la, tapi mood swing saja. Oh ya, suntikan ini seperti menopause. Paksa untuk menopause lebih kurang kalau bahasa kita kita ini. pada 3 Februari, cik en cucuk sekali lagi dan kesannya lebih teruk sikit. Moody, swing mood dan termasuk sakit sakit badan. Macam kesan cucuk booster. Kebetulan cik en tolak suntikan booster kerana risau kesan terhadap keadaan cik en sekarang.
Selesai 2 dos ini, cik en akan lapor diri (dah macam masuk asrama pula kan?) masuk ward pada 8 Mac 2022 ini. Surat masuk ward dah diberi awal masa 6 Januari.
Sejujurnya, cik en takut dengan pembedahan. Cik en tak pernah menjalani apa apa pembedahan dan kalau masuk hanya drip air atau darah sahaja. Apa pun, cik en berharap pembedahan akan berjalan lancar. Cik en pun dah mula habiskan kerja kerja cik en di klinik. Susah hati sebab dah bertahun cik en handle klinik. Tiba tiba nak pass pada staf lain. Cik en akan rindu suara kucing, suara pelanggan dan suara anjing.Urmmmm..
semoga dipermudahkan urusan cik en..)
ReplyDeletesemoga dipermudahkan segala urusan, aamiin
ReplyDeletesemoga dipermudahkan urusan cik en
ReplyDeletesemoga dipermudahkan urusan cik en
ReplyDelete