Jangan Berani Berangan Berbisnes Jika Penakut Nak Tempuh Cabaran | Setiap orang yang mempunyai perniagaan semestinya ingin bisnes berjaya. Kejayaan membesarkan perniagaan menjadi impian yang diharapkan selama ini. Segala susah payah terasa berbaloi saat perniagaan berjaya mencapai tahap yang diimpikan. Lebih-lebih lagi jika perniagaan itu dapat menjadi sumber utama pendapatan seluruh isi keluarga. Terasa bagai sebuah angan yang mampu menjadi kenyataan.Bagi yang baru nak mulakan perniagaan, nak berangan tidak salah. Tetapi pastikan angan-angan yang boleh dilaksanakan sebagai sebuah kenyataan. Jika hanya tahu untuk berangan-angan Mat Jenin sahaja, tapi tidak mahu bertindak tak usahlah buang masa. Segalanya hanya akan menjadi sia-sia.
Untuk kalian yang bijak dan sungguh-sungguh mahu cerahkan masa depan, jangan jadikan angan itu sebagai satu gurauan sebaliknya jadikan angan-angan itu sebagai sebuah kenyataan berani mati. Keberanian boleh membuatkan kita ingin mencapai sesuatu hingga berjaya, yang penting tindakan agresif harus terus dilakukan dengan penuh komited.
Antara tindakan agresif yang dimaksudkan ini adalah :
1. YAKIN untuk berdepan dengan pelbagai golongan sasaran pelanggan
2. BERANI untuk bertemu dengan apa jua halangan dalam bisnes
3. SEMANGAT untuk naikkan tahap bisnes dari bawah
4. BERAKAL untuk bawa bisnes dengan penuh persediaan
5. BERWAWASAN untuk tuntut ilmu dari mentor bisnes berpengalaman
Antara mentor yang sering disebut-sebut dalam Malaysia adalah RichWorks.
Jangan fikir tahun 2022 ini bisnes semakin mudah!
Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr Azizan Osman akan berkongsikan perspektif tentang 10 cabaran bisnes, selepas pandemik dan 2022 ini dalam Live Session di saluran Telegram Azizan Osman Official, pada Ahad ini, pukul 8 pagi.
Banyak perkara saya kaji dalam tempoh 2 minggu lalu antaranya sentimen pasaran, kadar inflasi dengan kenaikan harga barang yang telah jangka malah sebut pada Ogos tahun lalu lagi.
Kenaikan sesetengah barang dilihat sekitar 30% hingga lebih 100% ketika ini.
Sebab itu, kritikalnya untuk anda semua ada kesedaran ini, terutama mereka yang sedang jalankan bisnes kerana bukan mudah pada tahun ini.
Semalam, saya berpeluang bersama dengan kumpulan pemilik syarikat dan peniaga Cina bahawa memang banyak syarikat sedang tutup atau dah lingkup.
Walaupun peniaga ini ada kilang di China, mereka sudah tak nampak apa perlu dibuat, selain tak pandai soal pemasaran.
Saya juga sedar bahawa sebenarnya untuk mula semula bisnes dari kosong agak susah bila ditanya seorang usahawan dalam pembinaan, apa bisnes yang bagus ketika ini?
Pertama kali, saya tidak tahu memberikan jawapan apa.
Tapi saya sedar bahawa bagi mereka yang ada bisnes ketika ini dan kekal lakukan seperti biasa, maka dia akan 'mati'!
Hal ini kerana pasaran bergerak perlahan dan orang ramai tidak berbelanja agresif seperti sebelum ini.
Kalau kekal dengan usaha normal, anda akan mati dan jika kekal kecil anda akan pupus.
Maka sebagai Titanium di bawah bimbingan saya, tak bersyukur jika anda tak buat betul-betul untuk berkembang.
Sedangkan ada sebahagian Titan yang sangat agresif, berjuang betul-betul untuk berkembang dan kekalkan momentum.
Saya ulang, pasaran kini perlahan dan orang lebih berjaga-jaga untuk membeli.
Kalau anda lagi slow dari pasaran maka tunggu saja untuk 'mati'.
Hargai apa yang anda ada sekarang, buat dengan lebih baik dan agresif lagi.
Bayangkan jika anda sendiri terpaksa mulakan bisnes baru dari kosong, apa yang boleh dibuat?
Bagi yang dah ada bisnes, anda sudah tahu pasaran, cuma 'malas' nak engage lagi.
Bila pasaran perlahan maka anda perlu lebih pantas, guna semua platform yang ada. Jika takut-takut, anda akan ketinggalan.
Bersama dengan saya Ahad ini, khas buat bangsa usahawan terutama pemilik bisnes yang masih tak nampak jalan ketika ini.
Terus bersama mereka yang mahu berjaya dengan menyertai saluran Telegram Azizan Osman Official sekarang.
Sertai sekarang supaya diri dapat memahami apakah keadaan dunia bisnes sekarang ini.