Disney+ Hotstar Atau Neflix? Mana Lebih Berbaloi?

Disney+ Hotstar Atau Neflix? Mana Lebih Berbaloi? | Entri ini hanya entri sharing is caring sahaja dan bukan paid review. Cuma cik en nak kongsi mengenai 2 platform movie berbayar yang popular di Malaysia. Tapi sebelum itu cik en nak kongsi juga, streaming platform yang ada di Malaysia iaitu Neflix, Disney+ Hotstar, Viu, Dimsun, WeTV Iflix, Apple TV+, HBO Go, Prime Video, IQIYI , MUBI, dan beberapa lagi platform yang khusus untuk cerita melayu seperti SIAR dan tonton CINEMA atau YUPP Tv untuk berminat cerita India dan hindustan. Mungkin ada lagi tapi yang ini je yang cik en nampak. Kalau ada korang boleh komen di bawah okey?




Disney+ Hotstar Atau Neflix? Mana Lebih Berbaloi?


Tapi untuk entri ini cik en hanya berkongsi 2 platform sahaja yang mana cik en sendiri langgan. Tidak termasuk Youtube okey. Asalnya cik en hanya melanggan Neflix 


Neflix



Neflix ini banyak mengeluarkan movie yang hot dan terkini. Tapi masih ada juga movie lama yang pernah menjadi tontonan. Jadi terubat juga la kami yang 80 an dan 90 an untuk menonton movie lama lama. Neflix juga ada mengeluarkan cerita mereka sendiri yang korang kena tonton hanya di Neflix. Documentari khas yang cik en pernah tengok seperti kisah The Burari Death dan Tsunami semasa Kumpulan Seventeen buat persembahan. 


Movie yang ada dalam Neflix banyak tapi korang kena rajin mencari. Kadang kadang itu, bila dah banyak pening juga nak memilih. Tapi genre perlbagai boleh ditonton oleh semua 


Bayarannya ada pelbagai pilihan bermula RM17 - RM55 sebulan . Cik en memilih RM55 kerana ianya HD. Ceritanya adalah Netflix original, Malay, Hollywood, Bollywood, Kdrama, Jdrama, Anime & Cartoon shows. 


Ada 5 akaun boleh dibuka dan ianya nampak lebih privacy jika ada movie yang korang simpan untuk tengok kemudian. Ianya boleh dibuka sampai 4 device dalam satu satu masa. Sebab itu ada yang jual di Shopee. Hahhahah


Disney+ Hotstar




Beralih kepada Disney+ Hotstar pula. Platform ini mengeluarkan cerita Disney+ original, Hollywood, Malay, Bollywood & Cartoon shows. Tapi yang pasti ianya mengeluarkan cerita semua cerita Disney. Cartoon yang tahun 80 an pun ada. Sesuai bebenor dengan jiwa keanak anakan cik en yang suka cerita kartun. 


Bayarannya agak murah sebabnya korang hanya bayar RM 54.90 untuk 3 bulan. Untuk menonton ianya hanya boleh tonton 2 device dalam satu satu masa. Tapi tak ada akaun dalam ini. Jadi kalau kongsi dengan family, history akan jadi bercampur aduk. 


Done review kedua dua plotform ini dan cik en rasa kedua dua platform ini ada pro and contra. Ada masa movie cik en nak tiada di Disney tapi ada di Neflix. Kalau melayan cerita kartun dan princess gitew ofcourse akan ke Disney. Apa apa pun, cik en rasa berbaloi melanggan kedua duanya. 


Korang macamne?


More info di - https://says.com/my/entertainment/streaming-platforms-available-in-malaysia-to-keep-you-entertained-at-home

Eintan Nurfuzie

Lifestyle Blogger, Veterinarian, Social Media Influencer, Love Travel & Ladies Rider | Any Advertorial, Collaborations and Review : Facebook > Eintan Nurfuzie | Page Facebook > Nurfuzie.com | Group Facebook > Tips dan Rawatan Kucing | Instagram > @eintan_nurfuzie | Twitter > @eintan_nurfuzie | Channel Telegram > Eintan Nurfuzie | Channel Youtube > Eintan Nurfuzie | Email > eintannurfuzie@gmail.com

1 Comments

Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Saya prefer Netflix, tapi langgan la juga Disney nak bagi anak2 buah tengok..Hehe

    ReplyDelete
Previous Post Next Post