Anemia Teruk Dan Gastrik

Anemia Teruk Dan Gastrik | Kisah ini berlaku beberapa hari lepas selepas suntikan Depheriline 3.75mg kali kedua. Cik en mengalami heavy period yang boleh kata dah jadi kuning badan. Sebelum itu, cik en nak share, cik en tumpah darah atau period nonstop selama sebulan setengah (sehingga entri ini keluar). Cik en memang akan ambil protein seperti daging dan ayam even ada yang kata, kedua makanan tersebut tidak boleh dimakan oleh pesakit Fibroid. Tapi kerana kehilangan darah yang banyak, cik en terpaksa ambil untuk menambah ion atau darah dalam badan. Jadi mungkin kerana itu, scan cik en yang terakhir menyatakan saiz fibroid semakin membesar.




Anemia Teruk Dan Gastrik


Fibroid semakin membesar walaupun dah dapat 1st dose Depheriline 3.75mg. Cik en memang upset dengan hasil scan tapi cik en akan operation tak lama lagi, jadi cik en just ignore. Cara macamana? Cik en sibukkan diri dengan kerja, blog dan kerja kerja review. So, keadaan psikitrik cik en stabil dan positif. 


Kehilangan darah yang cukup banyak buat cik en down beberapa hari. Untuk pengetahuan korang, cik en dah guna pampers dewasa dan bukan pad yang selalu dipakai. Sebabnya kuantiti dan rupa darah. Cik en lebih selesa pakai jenama Tena jenis pants. Lebih baik daripada pakai pad jenis pants. 


Darah yang keluar seketul seketul besar macam jelly. Sekali keluar dikumpul kumpul sebanyak satu tadah tangan. Ada kes sampai 30 minit sekali keluar. Kalau malam, setiap jam cik en kena tukar pad jenis pants. Rasa stress dan buat OCD cik en tak menentu. Akhirnya pilih pampers dewasa jenis pants. AT least 2 kali bangun sahaja. 


Korang boleh bayangkan betapa kurangnya darah cik en sampai tahap tangan dan muka jadi kuning. Itu kes minggu lepas. 2 hari lepas masih ada, semalam dah kurang dan harini lagi kurang so cik en ada kudarat untuk menaip entri ini. Tapi masalah sakit kepala tetap ada. Kenapa? Korang kena baca entri Cik En Masuk Ward?


So, apabila anemia teruk, cik en makan daging setiap hari dan ignore pasal fibroid akan besar atau tidak sebabnya tak rasa sakit pun TAPIIIII....


Cik en ada gastrik, so pengambilan protein yang tinggi tak boleh sebab akan sakit perut. Kebetulan cik en ada terminum susu (boba milk) so double la kesannya. Berhari juga la tahan sakit perut. 


Nasib sehari dua ini, darah kurang tapi kena juga makan ion sebab risau sebelum operation kena drip darah atau ion yang mana boleh extend jadual. Cik en dah plan semua termasuk kerja dan hal keluarga, kalau entend, lambat baik dan akan ada masalah lain yang cik en terpaksa tanggung. 


Sebab itulah, kalau sakit jumpa doktor, cerita semua masalah dan doktor sahaja boleh bagi nasihat dan ubatan. Jangan nak ikut style orang lain. Cik en dulu nak buat Diet Atkins tapi tak sedar, cik en keje heavy setiap hari. Hampir pengsan dan menyusahkan orang. So, tak semua diet sesuai dengan kita, kita kena tahu masalah kita seperti Gerd, gastrik, alergik, tahap kolestrol, kencing manis, darah tinggi dan semuanya sebelum memilih diet yang sesuai. 


Macam kes cik en, anemia kena makan banyak daging tapi dalam masa sama, cik en gastrik, tak boleh makan daging, fibroid pun tak boleh daging. Disebabkan tak lama lagi, cik en ambil pemakanan seimbang dan makan ubatan serta suplement yang doktor bagi sahaja. Itu lebih baik daripada tanggung risiko sakit yang boleh menganggu kerja harian cik en. 

Eintan Nurfuzie

Lifestyle Blogger, Veterinarian, Social Media Influencer, Love Travel & Ladies Rider | Any Advertorial, Collaborations and Review : Facebook > Eintan Nurfuzie | Page Facebook > Nurfuzie.com | Group Facebook > Tips dan Rawatan Kucing | Instagram > @eintan_nurfuzie | Twitter > @eintan_nurfuzie | Channel Telegram > Eintan Nurfuzie | Channel Youtube > Eintan Nurfuzie | Email > eintannurfuzie@gmail.com

3 Comments

Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. semoga semuanya baik-baik sahaja

    ReplyDelete
  2. semoga lekas sembuh cik en.. take care. Moga semuanya baik2 je

    ReplyDelete
  3. Berat jugak ujian Cik En. semoga kembali sihat dan semoga operation berjalan lancar nanti

    ReplyDelete
Previous Post Next Post