Cara Mudah Buat Lesen Memandu Secara Online

Cara Mudah Buat Lesen Memandu Secara Online | Semenjak Covid19 dan kita terpaksa menjalani Perintah Kawalan Pergerakan, cik en sudah tak berminat habiskan masa di kawasan sesak walaupun ianya perlu cik en pergi. Covid masih ada dan cik en memilih untuk menggunakan kemudahan di atas talian untuk urusan urusan yang perlu. Urusan dalam talian atau online yang penah cik en buat seperti Renew Roadtax Kereta . Tapi kali ini cik en nak kongsikan Cara Mudah Buat Lesen Memandu Secara Online yang mana korang tak perlu buang masa beratur dan menunggu. 



Cara Mudah Buat Lesen Memandu Secara Online


Sebelum itu, cik en nak kongsikan sedikit, untuk buat lesen memandu secara online ini, sebaiknya korang dah pakai lesen memandu yang warna pink itu okey, sebabnya dah ada rekod kita di sistem. Lebih memudahkan. Tapi jika tiada kena stanby gambar berukuran pasport background putih secara softcopy. Jom cik en ajar buat lesen memandu ini. 


Langkah Langkah Cara Mudah Buat Lesen Memandu Secara Online


1. Pastikan korang ada akaun MYEG atau boleh daftar. Tak rugi daftar pun, percuma dan banyak kegunaannya. Nak jana duit pun boleh. 




2. Login 




3. Dalam Myeg ini korang pilih JPJ




4. Pilih Perbaharui Lesen Memandu




5. Baca syarat syarat dan teruskan





6. Masukkan maklumat pengguna dan pilih berapa tahun. Macam cik en, pilih 3 tahun. Setahun RM30 je




7. Selesai, akan keluar info bayaran. Ada cas sikit la sebab pakai online dan cik en pilih untuk pos ke pejabat cik en.





8. Setuju dengan bayaran, terus ke bahagian pembayaran. So boleh pilih la 




9. Selesai pembayaram akan dapat detail dan korang boleh print resit. 




Anggaran masa untuk pos bergantung pada tempat. Cik en dalam 3 hari tidak termasuk hari cuti. Tapi sebenarnya siapnya awal, pos sahaja yang lambat sikit.



Selesai sudah cik en renew lesen dan awal bulan depan cik en kena renew roadtax dan insurans kereta pula. 
Eintan Nurfuzie

Lifestyle Blogger, Veterinarian, Social Media Influencer, Love Travel & Ladies Rider | Any Advertorial, Collaborations and Review : Facebook > Eintan Nurfuzie | Page Facebook > Nurfuzie.com | Group Facebook > Tips dan Rawatan Kucing | Instagram > @eintan_nurfuzie | Twitter > @eintan_nurfuzie | Channel Telegram > Eintan Nurfuzie | Channel Youtube > Eintan Nurfuzie | Email > eintannurfuzie@gmail.com

9 Comments

Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Assalamualaikum sangat membantu terima kasih.

    ReplyDelete
  2. Bagus betul la info ni sebab time ni kalau dapat buat online ni memang bahagia sebab tak payah nak beratur kat pejabat pos tu. Tengok2 Lesen kena renew tahun 2023. Ok tahun depan la nak renew pun.

    ReplyDelete
  3. Boley lagi ker tempah lesen melalui MyEG? Last month I cube buat x boley pun. Bila call JPJ depa kata now dah kena buat di JPJ dah. Huhuhu.

    ReplyDelete
  4. wahh dah x perlu bersesak2 ke pejabat pos dah.. mmg terbaik

    ReplyDelete
  5. Ohhh mudah je rupanya... Kat sini nk pi renew pun leceh boleh la buat cara ni je nanti.. Thanks cik en sudi share =)

    ReplyDelete
  6. Dah boleh online memang mudah, Sis aje tak pernah buat online, sebab biasa walk-in ke pejabat pos, sejak PKP ni, guna runner hahahaha

    ReplyDelete
  7. senang jer rupanyer. thanks for sharing. jimat masa dan tenaga lepas ni memang buat online jer la

    ReplyDelete
  8. Seriously boleh buat online jer? This is good dan convenient kan... every unit need to go digital like this... boleh kurangkan physical engagement especially time pandemic kan... good job!

    ReplyDelete
  9. Senang la lepasni. Lesen kte tahun depan baru expired.memang malas nak keluar rumah senang buat online je

    ReplyDelete
Previous Post Next Post