Tempat Menarik Di Manjung Perak

Tempat Menarik Di Manjung Perak | Cik en nak berkongsi dengan korang tempat tempat menarik yang ada di Manjung Perak. Ramai yang nampak Pulau Pangkor dan Teluk Batik sahaja sebagai tempat menarik yang ada di Manjung tapi ada beberapa tempat lagi yang boleh cik en kongsikan. Sebagai penduduk di daerah ini, cik en terpanggil nak kumpulkan dalam satu entri sahaja. So, harap entri ini boleh bantu korang untuk cari Tempat Menarik Di Manjung Perak. 



Sejarah Daerah Manjung Perak

Sebelum itu, cik en nak kongsi sedikit info mengenai Manjung. Sebelum ini Daerah Manjung adalah Daerah Dindings dan duduk di bawah pemerintahan Pulau Pinang selepas perjanjian Pangkor (1874). Pada tahun 1935, Daerah Dindings diserah kepada Perak dan ditukar nama Daerah Manjung pada 1973. Daerah Manjung ada 5 mukim iaitu 


  • Mukim Beruas 
  • Mukim Lekir 
  • Mukim Lumut 
  • Mukim Pengkalan Bharu 
  • Mukim Sitiawan

Tempat Menarik Di Manjung Perak


Pulau Pangkor

Pulau Pangkor adalah tempat peranginan yang popular di Malaysia. Di dalam Pulau Pangkor ada banyak tempat menarik seperti 

  • Bukit Pangkor
  • Pasir Bigak
  • Teluk Nipah
  • Pantai Puteri Dewi (pantai, resort)
  • Pangkor village
  • Kota Belanda Pangkor (sejarah)
  • Batu Bersurat 
  • Pangkor Jambatan Gantung
  • Teluk Segadas

Pangkor Island

  • Mungkin ada yang confuse antara Pulau Pangkor dan Pangkor Island. Pangkor Island adalah kawasan private dan agak mewah berbanding Pulau Pangkor. Jeti yang disediakan untuk kesana ada di Marina Island sahaja. 

Pulau Sembilan

  • Pulau ini selalunya popular dengan aktiviti memancing dan menyelam.

Marina Island

  • Jeti Marina Island
  • Frenzy Waterpark
  • Rockbound (tempat memancing)

Lumut

Lumut adalah terletaknya jeti pertama untuk ke Pulau Pangkor. Berhampiran jeti ini ada beberapa tempat menarik yang boleh korang kunjungi

  • Pantai Jalan Armada (menuju pintu masuk NAVY)
  • Bukit Ungku Busu di Lumut
  • Dataran Lumu
  • Giant Bubble Dataran Lumut
  • Lumut Waterfront ( Laman Karya Lumut )
  • Lumut Waterfront Esplanade Wing
  • Lumut Waterfront Marina Wing
  • Tempat beli barangan laut 

Teluk Batik

  • Teluk Batik (resort, pantai, taman permainan, rekreasi)
  • Teluk Rubiah (pantai, golf, sejarah)- telah ditutup, kini menjadi milik VALE SA.
  • Bukit 300 Teluk Batik (hiking) 

Pantai 

  • Pantai Segari - Pusat Pembiakan Penyu, Memancing
  • Teluk Senangin (tak digalakkan untuk bermandi mandi, sesuai untuk memancing dan aktiviti pantai. Banyak chalet disini)
  • Pantai Tanjung Kepah Lekir

Paya Pakau

  • Taman Monyet
  • Tua Pek Kong Temple

Aktiviti Memancing 

  • Kampung Bharu (Warung Kuning Udang Selambak)
  • Kampung Teluk
  • Kampung Sitiawan 
  • Telaga Nenas ( Mee Udang Selambak Cik Wa)

Aktiviti Pertanian 

  • Ladang Anggur Saloma 1 Lekir
  • Ladang Anggur Saloma 2 Lekir

Beruas
  • Lata Ulu Licin Beruas
  • Muzium Beruas 

Kalau korang nak lagi senang, korang boleh tengok di maps yang disediakan oleh Majlis Perbandaran Manjung di Tempat Menarik Di Manjung Perak
Eintan Nurfuzie

Lifestyle Blogger, Veterinarian, Social Media Influencer, Love Travel & Ladies Rider | Any Advertorial, Collaborations and Review : Facebook > Eintan Nurfuzie | Page Facebook > Nurfuzie.com | Group Facebook > Tips dan Rawatan Kucing | Instagram > @eintan_nurfuzie | Twitter > @eintan_nurfuzie | Channel Telegram > Eintan Nurfuzie | Channel Youtube > Eintan Nurfuzie | Email > eintannurfuzie@gmail.com

14 Comments

Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. pernah sampai di Teluk Batik pd akhir 1995. Masa tu buat trip sbg kehendak kursus TESL di UM.

    ReplyDelete
  2. teringin nak ke Perak tau.Banyak tempat menarik yang dalam wishlist tapi tak sempat buat tahun ni.Insyallah wishlist untuk tahun depan pulak

    ReplyDelete
  3. Selalu turun Perak mesti pergi town je, jarang masuk tempat lain. Wahh banyak juga tempat best boleh kunjungi. Bolehlah masuk list dulu

    ReplyDelete
  4. Pernah sampai Manjung 2012. Lepas baca ni rasa nak pergi lagi bawak famili pulak.

    ReplyDelete
  5. rindunya nak ke Pangkor lagi...hopefully tahun depan dapat la jejak kali ke 4 ehh kali ke 5 rasanya

    ReplyDelete
  6. Teringin nak pi teluk batik... sebab rasanya last pergi zaman kanak-kanak lupa dah moment dekat situ hehehe

    ReplyDelete
  7. Ada lagi tempat yang belum jejak di sana. Ada masa nanti nak pergi la hehe

    ReplyDelete
  8. Pantai Jalan Armada tu boleh mandi ke? Last week baru je duk jalan area Lumut

    ReplyDelete
  9. Akak suka pegi segari tempat penyu tu...tu kira lumut jugak ke cik en?

    ReplyDelete
  10. sedih betul banyak tempat yg OM belum sampai..

    ReplyDelete
  11. Perak negeri yang kami selalu lalu tapi tak pernah singgah jenjalan sana... Maybe kena tunggu suami den terbuka hati lah nak jenjalan ke sana. Hehe

    ReplyDelete
  12. Hari tu ujung bulan 11 ada ke sana…besttt ..rindu manjung n lumut

    ReplyDelete
  13. Banyak tempat yang menarik tak singgah lagi rupanya. Teringin nak pergi teluk batik sebab xpernah jejak kaki lagi pergi sana

    ReplyDelete
  14. Banyak rupanya tempat menarik dekat Manjung ni.. boleh simpan siap siap jadikan destinasi jalan-jalan keluarga.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post