Suka Duka 2021

Suka Duka 2021 | Bersempena entri terakhir tahun 2021 ini, cik en nak simpan disini suka duka 2021 cik en. Tahun ini merupakan tahun yang sangat strunggle buat cik en. Tahun yang ada suka dan dukanya. Banyak kisah yang buat cik en lebih matang dan lebih kuat. Untuk cik en meluah di sosial media agak terhad dan boleh disalah ertikan oleh orang yang tidak memahami. Cukuplah cik en coret disini seperti mana dulu. 




Suka Duka 2021 

Januari 2021

Permulaan tahun yang baik dan cik en berhasrat untuk mengembirakan hati semua orang di sekeliling dan menyayangi cik en. Sebabnya tahun 2020, tahun yang agak stress dengan kehidupan. 

3 Januari, berkumpul sebahagian keluarga besar mak cik en di rumah cik en untuk buat makan makan. Alhamdulillah, niat pertama cik en nak gembirakan semua dah tercapai. Seronok walaupun hanya ala kadar

4 Januari - Tok cik en, Mohamed Piah Bin Ibrahim meninggal dunia. Antara yang rapat dengan cik en dah pergi. Terasa sedih tapi mental masih okey 

16 Januari - Beberapa kisah dalam satu hari. Tepat jam 12 tengah malam, cik en sambut hari lahir dengan yang tersayang dan di lamar menjadi kekasih halal. Happy sangat sebab ianya dah lama cik en tunggu. Tapi bertukar duka apabila Mak we, kakak sulung abah meninggal di Perlis. Bergegas kami ke sana tapi tak sempat. Hanya mampu melawat pusara

20 Januari - Fillo, my favourite dog mati. 

31 Januari - Membahagiakan Abah tersayang untuk sambutan hari jadi. rasanya ini pertama kali beri surprise tanpa disisi abah

Mac 2021

1 Mac - Baru sangat tok dan mak we pergi, Abah pula pergi di depan mata cik en. Cik en dah pernah story di Genap 100 hari permergian Abah. Itu pun masih belum kuat di hati.

April 2021

9 April - Tok Cik Iei adalah bapa menakan abah, Tok Cik meninggal dunia pada tarikh ini. Arwah pernah ziarah kami seminggu selepas abah pergi

Mei 2021

1 Mei - Apabila tiap tiap bulan ada kematian orang terdekat, cik en sesungguhnya sangat takut menempuh hari, minggu dan bulan baru. Tapi masa tetap berjalan. Selepas 2 bulan Abah pergi, Pak Ngah Mat,  abang abah mengikut jejak kakak dan adik. 3 orang tertua dalam adik beradik abah dah pergi. Allah, masa ini rasa down teramat sangat. 

13 Mei - Kami sambut raya berempat. Adik ipar cik en penganti abah. Kami sambut secara sederhana sebabnya hati kami masih diselubungi kesedihan

23 Mei - Sekali lagi dikejutkan dengan pemergian ex staf pejabat cik en, En Tajul. 

Bulan bulan selepas itu, kisah suka ada tapi hati masih tetap tak terubat. Alhamdulillah, cik en dapat penuhi impian cik en untuk membahagiakan orang sekeliling termasuk arwah Abah. Sempat. Kesihatan PSY cik en semakin baik dan Gynie nampak ke arah lebih tenang hadapi penyakit tu

Selesaikan hutang arwah. Tapi pelik kan, apabila berlaku kematian, ramai yang menuntut hutang tapi peiutang tak ada sesiapa pun datang membayar. Selepas pemergian abah,  banyak cerita yang cik en dapat. Abah seorang pemurah, rajin berlanja kawan kawan dan duit dari bouquet hari jadi dia ambil separuh beli KFC untuk jamu adik adik (anak anak pak ndak) makan. Mak sendiri pun dia tak bagi.. hahahah

Hubungan kekeluargaan kami semakin rapat terutama cik en dan mak. Cik en pun banyak kongsi masalah percintaan dan sakit. Duluuu, dia tak pernah tahu

Pekerjaan cik en semakin baik, emosi dan fizikal masa bekerja semakin baik dan semakin menyeronokkan macam dulu dulu. 

Beberapa hutang juga dah habis dibayar seperti Pinjaman Pelajaran. 

Job kebanyakkan di Instagram dan paltform Tiktok. Blog ada lah satu dua. Slow sikit sebab emosi masih tak okey, hanya tumpu pada kerja hakiki

Pencapaian blog okey juga. Dari 74 entri tahun 2020, tahun ini hanya 66 entri. PV dan UV naik tapi ada beberapa yang turun




Selamat Tahun Baru 2022

Diharap tahun 2022 nanti, cik en lebih kuat, lebih semangat dan lebih ceria. Semoga rezeki cik en bertambah, kesihatan cik en lebih baik dan mengakhiri zaman bujang. Beberapa hutang akan habis tahun 2022 dan cik en harap penghujung tahun 2022 nanti, cik en dah masuk rumah baru. 

Cik en decide untuk operation membuang fibroid dan harap juga ianya berjalan lancar. Rezeki blog dan media sosial akan bertambah juga. 

Insyallah selepas pembedahan, berat badan cik en akan berkurang memandangkan berat fibroid je dah dekat 10kg. 

Itu sajalah entri sebelum berkahirnya tahun 2021 ini. Jumpa lagi tahun depan. Bye semua!

Eintan Nurfuzie

Lifestyle Blogger, Veterinarian, Social Media Influencer, Love Travel & Ladies Rider | Any Advertorial, Collaborations and Review : Facebook > Eintan Nurfuzie | Page Facebook > Nurfuzie.com | Group Facebook > Tips dan Rawatan Kucing | Instagram > @eintan_nurfuzie | Twitter > @eintan_nurfuzie | Channel Telegram > Eintan Nurfuzie | Channel Youtube > Eintan Nurfuzie | Email > eintannurfuzie@gmail.com

2 Comments

Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. semoga cik en terus tabah dan bahagia...semangat untuk 2022...

    ReplyDelete
  2. Semoga pembedahan pembuangan fibroid itu berjalan dengan lancar.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post