Bujang Garden Nursery Sitiawan Manjung Perak | Membunga dan mempokok bukanlah hobi yang cik en pernah explore selama ini. Cik en rasakan diri cik en tak ada kemahiran dan membela pokok dan bunga walaupun cik en sendiri tak pernah mencuba. Sebelum ini cik en sibuk bekerja dan tak pernah terfikir nak mencuba hobi ini. Lama lama, cik en mula minat apabila ada suggest untuk cik en explore bidang ini untuk terapi diri. Bermula dengan research di internet, cik en memilih bunga yang senang hidup tapi cantik. Akhirnya cik en memilih bunga ros jepun dan beli secara online. Itulah titik permulaan cik en berjinak dengan aktiviti ini.
Bujang Garden Nursery Sitiawan Manjung Perak
Lama lama, cik en mula memilih pokok indoor dan sekarang memilih pokok bunga yang bewarna warni. Yang penting ada bunga. Bunga itu buat hati cik en releks dan fikiran tenang selepas sibuk bekerja. So ada la beberapa nursery cik en pergi di kawasan cik en di sekitar Seri Manjung dan Sitiawan. Tak ada yang menarik minat cik en sampailah cik en jumpa satu nursery iaitu Bujang Garden Nursery Sitiawan Manjung Perak.
Bujang Garden Nursery Sitiawan Manjung Perak terletak di jalan ipoh lumut selepas simpang ke sitiawan. Terletak di sebelah kanan sebelum traffic light AEON Manjung. Asalnya tersinggah sebab cik abe cari spare part di sebelah nursery ini. Cik en yang bosan tunggu pun singgah dan tengok nursery ini banyak pokok bunga ros. Tapi cik en tak suka bela bunga ros sebab rasa tak yakin untuk membela bunga yang sentitif macam ros ini.
Masuk dan tengok banyak bunga cantik cantik. Keladi viral pun ada. Kebanyakan bunga disitu datang dari Thailand. Dan pekerja atau owner nursery cakap " bunga dari Thailand lebih banyak pilihan dan banyak variasi baru, keladi pun banyak di kacukkan di sana" So melesetlah sangkaan cik en, yang bunga bunga ini datang dari Cameron.
Anyway, pokok strawberry pun ada. Sedangkan Manjung ini salah satu daerah yang panas sebab berhampiran dengan lain. Oh, ya, korang boleh baca di Bujang Garden Nursery untuk tips tanam pokok bunga ros walaupun di kawasan panas. Mungkin mereka gunakan konsep sama untuk pokok strawberry yang lazim kita tahu perlu suhu sejuk.
Untuk maklumat lanjut korang boleh ke