Bila Boleh Mandulkan Kucing Selepas Beranak? | Ramai juga yang bertanya dengan cik en, kucing saya dah terbunting, bila masa sesuai untuk mandulkan kucing saya selepas beranak nanti ye? Kalau terlambat risau terbunting balik sebabnya kucingnya pantang tak ikut kebiasaaanya. Hahaha. Tau tau, dah balik rumah memboyot. Tak dan nak dibawa ke klinik atau booking untuk mandul. Harap entri ini dapat bantu korang yang masih tak tahu waktu sesuai untuk memandulkan kucing betina yang baru melahirkan anak
Bila Boleh Mandulkan Kucing Selepas Beranak?
Selalunya waktu sesuai yang selalu cik en kongsi dulu adalah umur anak 3 bulan atau selepas beranak 3 bulan. Tapi ada kucing yang tak sampai 3 bulan dah bunting. Jadi cik en syorkan
- Umur anak 2 bulan setengah
- Anak dah bercerai susu dengan siibu
- Si ibu mula marah anak jika si anak dekat dengan ibu
- Si ibu mula tinggalkan anak anak
Ini adalah sedikit tips untuk korang. Tapi jangan ada yang DM cik en cara nak mandulkan kucing. Itu kerja vet. Sila pergi ke vet ye. Jangan nafikan hak kucing korang menerima rawatan di vet. Sama juga korang yang perlu rawatan di hospital jika sakit.
Tak semua penyakit boleh sembuh sendiri atau guna tips dan rawatan kucing sendiri. Perlu golongan profesional untuk rawatan. Berapa lama perlu kurung kucing selepas mandul