"Main Kutu" Yang Selamat Dengan MAE By Maybank | Korang pernah "main kutu" ? Cik en dari zaman sekolah lagi pernah main dan pernah juga la tak cukup dapatnya apabila ada kawan yang tak bayar sampai habis. Masa itu hanya guna nilai yang sedikit. Dan kali terakhir cik en "main kutu" beberapa tahun lepas dengan saudara mara di kampung. Alhamdulillah, masa itu cik en tak ada masalah. Cukup masa dapat duit dan nilai yang betul. Tapi cik en nak kongsi dengan korang cara "main kutu" paling selamat pernah ada. Dan korang sendiri bukan sahaja boleh menyimpan tapi buat tabungan semasa kecemasan.
"Main Kutu" Yang Selamat Dengan MAE By Maybank
Sesiapa yang mempunyai akaun Maybank mesti dengar nama MAE. Satu apps lebih baru untuk pengguna Maybank Online. Sebenarnya banyak fungsi menarik yang ada dalam MAE. Salah satunya korang boleh asingkan duit korang yang ada di akaun bank ke tabungan atau simpanan korang rasa perlu. Korang boleh fund sendiri atau auto fund setiap bulan.
Tabung ini korang boleh cash out bila bila masa tanpa terhad. Jadi kalau ada kes kecemasan, korang boleh keluarkan. Kalau simpanan dalam tabung cukup, korang boleh keluarkan tanpa cas ke akaun korang. Sekarang ini ada juga scan dan pay transactions terus dari Tabung. Contoh tabung perbelanjaan rumah. Tapi cik en belum lagi cuba sebab rasa masih baru.
Kalau korang nak tahu maklumat lanjut mengenai MAE boleh ke MAE by Maybank
Mungkin korang berminat untuk baca Keluarkan Duit ASB Secara Online
Dari tahun lepas dapat info Kutu di Maybank nih, tapi tulah dah terbiasa main kutu yang manual, asyik dok tangguh yg online... nampak mudah nnt bolehlah buat percubaan di tahun 2022
ReplyDelete