Sudah Mandul Tapi Kucing Masih Gigit Belakang Leher Kucing Lain? | Cik en kerap ditanya persoalan ini. Kucing saya telah dimandulkan tapi kenapa dia memanjat kucing lain? Anyway, mengigit di belakang leher kucing lain atau nampak seperti memanjat bukanlah satu satunya bermaksud ia hendak mengawan. Banyak faktor lain lagi. Cik en harap entri ini dapat membantu korang memahami dan janganlah buat andaian sendiri dalam menilai perangai kucing korang itu. Tak pasal pasal memfitnah kucing. Hahahaha
Sudah Mandul Tapi Kucing Masih Gigit Belakang Leher Kucing Lain?
Sebenarnya mengigit bahagian belakang leher kucing lain adalah salah satu tanda dominan bagi kucing tersebut. Dominan bukanlah untuk mengawan sahaja tapi banyak faktor lain seperti :
Kucing Belajar Memburu Mangsa
Kucing yang semakin membesar akan belajar untuk berinteraksi dengan kucing lain. Dengan cara mengigit belakang leher kucing lain mereka dapat belajar untuk mempertahankan kawasan mereka apabila besar nanti. Tempat paling berkesan untuk tewaskan musuh mereka adalah cara mengigit di kawasan belakang leher berbanding mencakar, atau yang lain lain. Cara itu mampu menjatuhkan mangsa mereka. Semua ini mereka belajar daripada kucing dewasa yang lain. That why mereka belajar teknik ini dan apabila bergaduh berebut kawasan, mereka akan belajar mengurangkan kecederaan. So point disini, ianya hanyalah proses pembelajaran bagi kucing yang meningkat dewasa
Kucing Tengah Bermain
Perangai ini pun boleh dikatakan tanda mereka tengah bermain main. Tak kan nak ajar mereka bermain tepuk tepuk tangan pula. So mereka lebih suka bermain dengan gigitan. Ala, gigitan manja manja gitew. Permainan ini sebenarnya adalah salah satu teknik pembelajaran untuk mereka mempertahankan diri daripada diserang satu masa nanti
Kucing Tengah Bergaduh
Merujuk point sebelum ini, ini lah hasilnya apabila dah pandai itu ini. Kucing bergaduh dan gigitan di bahagian tersebut mampu buat mereka menang.
Ini kawasan aku!
Ini juga antara sebab mereka buat perangai sebegitu. Kucing yang baru masuk di dalam kawasan mereka, kucing senior akan guna teknik ini untuk beritahu ini adalah kawasan mereka. Kira macam tanda mendominasi.
So, teknik mengigit belakang leher kucing lain mempunyai banyak faktor. Kita kena ingat, kucing dilahirkan dengan sifat memburu, menjaga kawasan dan memperluaskan kawasan. Jadi bukannya korang nampak kucing mengigit belakang kucing korang dah anggapan nak mengawan. Info lanjut boleh ke Mandul tapi gigit leher kucing lain
Tak baik tau fitnah kucing. Berdosa.... Hahahhaha. Kalau nak mengawan, korang boleh baca di entri Tanda kucing nak mengawan