Pernah Tengok Kucing Ada 1 Testis (Cryptorchid) | Disebabkan hari ini ada kes Cryptorchid ini so cik en nak story sedikit mengenai topik ini. Cryptorchid atau secara bahasa mudahnya kucing memiliki 1 testis (telur) sangat rare dan mereka ini memerlukan pembedahan untuk permandulan. Kebiasaanya kucing normal akan nampak 2 testis di bahagian luar dan proses permandulan sangat mudah. Tapi untuk kes Cryptorchid ini, hanya nampak 1 testis sahaja walaupun mereka sebenarnya ada 2 testis
Pernah Tengok Kucing Ada 1 Testis (Cryptorchid)
Macamana tu? Nampak 1 tapi sebenarnya 2 cik en? Sebenarnya dari pandangan ada 1 testis.. tapi satu lagi disebelah dalam dan memerlukan pembedahan. Mungkin gambar di bawah ini boleh bantu korang faham
Benda ini berpunca dari faktor genetik dan tidak digalakkan untuk mereka menambah anak sebabnya boleh jadi anak anak si penjantan ini akan jadi sebegini juga.
Sangat rare berlaku pada kucing sebenarnya tapi sepanjang cik en bekerja di bahagian klinik ada la dari 500 ekor kucing jantan akan ada masalah ini.
Kemana 1 Lagi Testis Yang Tak Nampak tu?
Selalunya ada 2 tempat iaitu
- Di perut (cryptorchidism perut)
- Di kaki belakang
Akibat kalau tidak dirawat/pembedahan
- Akan terjadinya barah
- Akan terjadi testicular torsion dan ianya menyakitkan pada kucing.