Boleh ke Basmi FIP ( GS-441524 ) Merawat Virus FIP? | Lama juga cik en tak menaip di blog ini kan? Seperti biasa, keadaan yang sibuk, mood swing dan masalah masalah lain. Tapi cik en tetap nak update disini even dah ada media sosial yang lain dan agak menjadi pilihan ramai. Kebebasan untuk cik en berkongsi ilmu di blog lebih puas kerana cik en boleh menaip lebih panjang dan tak nampak kekurangan cik en dari segi berbicara secara spontan. Diakui, content di Tiktok lebih kepada natural dan tanpa skrip so bila nak bercerita banyak, ianya jadi tak tersusun dan berulang ulang. Hihihi. Berbalik kepada tajuk kali ini Boleh ke Basmi FIP ( GS-441524 ) Merawat Virus FIP? cik en hanya menceritakan secara peribadi berpandu kepada testimoni pelanggan pelanggan yang pernah mengambilnya
Boleh ke Basmi FIP ( GS-441524 ) Merawat Virus FIP?
Sebelum itu, cik en pernah berkongsi mengenai Wet FIP atau orang kampung panggil busung air di Kes Busung Air Pada Kucing ( FIP ) . Tapi cik en ringkaskan yang FIP ada 2 jenis iatu Dry(kering) dan Wet (basah). Semua sedia maklum kesemua info dalam blog cik en lebih kepada bahasa pasar untuk memudahkan semua golongan memahami apa yang cik en nak sampaikan.
Dry FIP
Selalunya kucing yang mengalami jenis FIP ini, akan ada masalah jaundice(kekuningan), saraf, masalah penglihatan dan beberapa masalah lain. Untuk pengesahan tetap perlu dibuat ujian klinikal. Seperti biasa selalunya hanya klinik swasta sahaja menyediakan servis ini. Peluang untuk kucing hidup lebih tinggi tapi agak abnormal dari kucing yang sihat.
WET FIP
Kucing ini senang kita diagnos secara fizikal. Perut kucing apabila ditepuk seperti ada air. Air ini bukan berada di pundi kencing atau usus tapi ada dibawah lapisan daging sebelah dalam. Peluangnya agak tipis kerana air yang ada akan bertambah banyak dan mampu melemaskan organ organ dalaman. Ianya juga menyebabkan kucing susah bergerak dan tiada selera makan. Jadi sebelum ini, kebanyakn vet hanya memberi alternatif membuang fluid atau air sahaja dan perlu diulang sehingga kucing masih bernyawa
Basmi FIP ( GS-441524 )
Seperti semua sedia maklum, virus tiada ubat. Pencegahan sebelum dengan pemberian vaksin. Jika tidak, ianya bergantung kepada antibody kucing tersebut. Cara sebaran melalui air liur, kencing dan najis. Tapi around setahun dua ini, cik en dapat info ada satu antiviral yang mampu memberi rawatan alternatif bagi Wet FIP ini. Jadi ianya bergantung kepada antibodi kucing untuk menerima. Ada yang tak dapat diselamatkan dan ada juga yang berjaya.
Harga Basmi FIP ( GS-441524 ) ini agak mahal dan ada pengiraan khusus mengikut berat kucing. Ada klinik swasta yang tawarkan, ada yang perlu beli sendiri dan ada yang tak tawarkan. Tapi klinik veterinar kerajaan sememangnya tak ada la ye.
Cik en pernah tanya pelanggan klinik cik en yang memngambil Basmi FIP ( GS-441524 ) untul kucing mereka dan semuanya dapat diselamatkan even dah peringkat yang teruk. Tapi ada juga yang tak berjaya. Itu cik en baca di pelbagai sumber.
Untuk maklumat korang, cik en ada research sedikit Basmi FIP ( GS-441524 ) ini, ianya adalah untuk manusia yang terkena SARS tapi ianya hanya hidup didalam manusia untuk 24 jam sahaja. Jadi ianya telah diuji pada kucing yang ada FIP dan ianya berjaya memulihkannya. Tapi GS-441524 tidak boleh dipaternkan dan tidak dapat digunakan dalam Veterinar seluruh dunia jadi ianya dijual secara black market. Kenapa tak boleh dipaternkan? Cik en kurang pasti, kemungkinanan ada kelemahan di mana mana.
Virus Corona Pada Haiwan
FIP adalah dari virus Corana. Iya, birus Covid 19 pun dari Corona juga tapi pengkelasan pada haiwan dan manusia lain lain. Virus Corona pada haiwan dipanggil Alpha.
Pada anjing dikesan pada 1971 yang dipanggil Gastroenterisis yang memberi kesan cirit dan muntah yang boleh bawa kepada kematian
Pada kucing pula di panggil Feline Infectious Peritonitis (FIP) dan dikesan pada tahun 1963 dan memberi kesan Wet dan dry.
Dan jangan risau, ianya TIDAK berjangkit dengan manusia.
Virus Corona Pada Manusia
Pada manusia pula virus Corona ini terletak dalam kelas Beta. Dan terjadilah Covid19 (dijumpai 2019). SARS (2002) dan Mers (2012)
So, kalau kita baru hadapi pandemik Covid 19 tapi kucing dan anjing dah lama terjadi. Untuk info graph Corona ini, korang boleh aca di entri Adakah Covid-19 Berjangkit Dengan Kucing?
Kesimpulan Boleh ke Basmi FIP ( GS-441524 ) Merawat Virus FIP?
Berbalik kepada Boleh ke Basmi FIP ( GS-441524 ) Merawat Virus FIP? Ianya hanyalah alternatif yang ada dan memberi harapan kepada pemilik kucing untuk membantu kucing kesayangan mereka. Walaupun ianya tidak diiktiraf, andai kata ianya mampu memberi sinar baru pada virus ini, mungkin ianya tidak salah untuk dicuba.
Untuk maklumat lanjut mengenai Basmi FIP ( GS-441524 ) , korang boleh terus ke laman web BASMI FIP dan rujuk kepada klinik veterinar yang menerima alternatif ini pada kucing.