Ivermectin Untuk Rawatan Covid19? | Jarang cik en nak bercerita mengenai Covid19 sebabnya semua sedia maklum info info dari pelbagai medium sosial kan? Tapi cik en tertarik nak berkongsi mengenai ivermectin untuk rawatan covid19. Sebabnya Ivermectin adalah ubatan yang kerap digunakan oleh cik en dan Vet dalam rawatan parasit pada haiwan. Boleh dikatakan setiap hari rasanya puluhan haiwan kesayangan yang cik en gunakan untuk injection.
Ivermectin Untuk Rawatan Covid19?
Ivermectin sangat luas digunakan dalam bidang veterinar. Stok yang mudah didapati dan yang kerap menjadi pilihan adalah injection. Tapi ada juga jenis por on (titis pada badan) dan jenis tablet makan. Penggunaan ivermectin yang berlebihan boleh menyebabkan kematian pada haiwan terutama small animal seperti anak kucing atau anak arnab.
Cik en sendiri nak beritahu, jika disentuh di jari kebanyakan ivermectian injection ini rasanya panas panas. So ada haiwan kesayangan selepas disuntik akan kesakitan. Andaikata Ivermectin menjadi pilihan rawatan untuk Covid-19 hope hanya untuk jenis oral atau makan. Hihihi..
Anyway mungkin dose diberi akan berbeza dengan haiwan. Tapi kena ingat Ivermectin adalah rawatan sahaja. Sebabnya virus tiada ubat. Pencegahan adalah dengan vaksin. Rawatan yang diberi hanyalah supportive treatment yang bersesuaian.
Apa pun, semoga Covid19 ini nyah dari muka bumi. Penat sungguh dengan PKP. Travel tak boleh, nak balik kampung pun sama.
Thanks for sharing Ein. Ilmu baru ni
ReplyDelete