Genap 100 Hari Abah Pergi | Betulah kata orang, rindu paling sakit rindu pada yang dah tiada. Hari ini 8 Jun 2021, genap abah pergi. Nampak macam cik en biasa biasa tapi hati ini tak leh nak ungkap apa apa. Ikutkan cik en nak sibukkan diri sampai betul betul okey tapi sebab PKPD dan Lockdown, hasrat tu kesampaian.
Genap 100 Hari Abah Pergi
Jika sebelum ini, cuti sahaja cik en akan balik ke kampung dan akan uruskan semua urusan arwah dan urusan mak dalam iddah tapi masuk 2 minggu cik en habiskan masa di rumah. Ditambah Bekerja Dari Rumah dan jadual rawatan di klinik. Jika sebelum ini, cik en tak banyak habiskan masa di rumah tapi kali ini berbeza.
Abah pergi disamping cik en seorang masa itu. Di rumah inilah arwah habiskan masa sebulan terakhir. Kami jarang bersembang dan jarang luangkan masa sama sama. Tapi berbaki sebulan di rumah cik en banyak bagi kenangan pada cik en. Minggu pertama PKPD, masa cuti dan cik en habis semua kerja kiranya dah habis kesibukan, terbayang arwah di kerusi yang cik en beli. Tengok TV yang beli disebabkan arwah stay di rumah ini, tengok bilik dia tidur, tengok ikan masin yang dia beli beberapa jam sebelum dia pergi, terbayang dia memasak, terbayang di menyapu di luar rumah dan macam macam lagi buat cik en tak kuat.
Down sangat masa minggu pertama dan kebetulan cik en ada temujanji dengan pakar psikitrik dan disebabkan itu, doktor suggestkan up dose ubat seperti mana yang cerita di Akhirnya DOktor Naikkan Dose Ubat. Cik en semakin baik tapi bila diuji sebegini, cik en down balik.
Cik en kena kuat kan? Untuk mak dan adik cik en serta tanggungjawab yang lain? Doakan cik en kuat dan terus kuat.
Abah.. Along sayang abah.
Al Fatihah (dibaca)...
ReplyDeleteSaya doakan En kuat. Memang tak mudah, lagi-lagi lockdown buatkan kita ada banyak masa terluang. Alfatihah untuk arwah ayah En
ReplyDeleteBanyakkan bersabar yer cik en.. kuatkan semangat yer
ReplyDelete