Pertama Kali Raya Tanpa Abah | Tak sampai 3 bulan abah pergi meninggalkan kami sekeluarga. Tahun 2021 ini merupakan tahun yang paling sedih sepanjang hidup cik en. Bermula pemergian Tok Piah (ayah mak) pada 3 Januari, diikuti Makwe Wa (kakak sulung) di Perlis 16 Januari, kemudian abah 1 Mac dipangkuan cik en, 1 April, adik ipar kemalangan tapi selamat, 9 April, Tok Cik (bapa saudara abah) dan baru ini 1 Mei , Pak Ngah Mat (Abang abah) pergi meninggal kami. Setiap bulan akan dapat perkhabaran duka. Dengan isu Covid dan masalah masalah lain buat cik en hampir tersungkur awalnya. Berat bebanan yang cik en kena pikul. Nampak macam tenang dan tersenyum tapi beban yang ada di bahu dan hati ini Ya Allah.. rasa dah tak kuat.
Pertama Kali Raya Tanpa Abah
Tahun 2021 adalah tahun pertama raya tanpa abah. Terasa semuanya tapi masing masing sibukkan diri dan sepupu serta anak saudara di sebelahan rumah memeriahkan lagi suasana. Untungnya kalau tinggal di kawasan kampung kan? Kemeriahan masih ada walaupun tanpa kunjungan sanak saudara. Seperti biasa di pagi raya, adik ipar cik en mengantikan arwah abah pergi sembahyang raya. Jemaah pun tak ramai mungkin kerana ramai yang keluar merantau tak dapat balik. Kemudian kami bergambar dan melayan Neflix. Adik cik en dan suaminya pukul 2 dah balik.
Apa pun, cik en ingin mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin kepada semua pembaca blog cik en. Ikuti semua media sosial cik en tau untuk update terbaru mengenai cik en, kucing, rawatan dan tips haiwan.
selamat hari raya...
ReplyDeleteSayunyaaaa ... Moga terus tabah...
ReplyDeleteSalam Aidilfitri cik En...